KOMUNIKASI PEMBANGUNAN
PENGENALAN
Walaupun bidang komunikasi pembangunan masih baru dalam disiplin ilmu
komunikasi iaitu bermula sekitar awal 1960-an, tetapi penyelidikan komunikasi
pembangunan yang bersifat interdisiplin sebenarnya sudah bermula lebih awal
lagi. Antara tokoh awal yang mempelopori mel zaaba bidang komunikasi pembangunan ialah
Daniel Lerner (The Passing of Traditional Society), Wilbur Schramm (Mass
Media and National Development), David McClelland dan Everett M. Rogers (Difusion
of Innovation). Manakala tokoh semasa dari rantau Asia pula terdiri
daripada Jan Serveas, N. Jayaweera, S. Amunugama, Winne Dissanayake, Ronny
Adhikarya (Extention Strategies
Campaign), Majid Tehranian, Srivinas Melkote, Samsuddin A. Rahim dan
Ramli Mohamed.
Umumnya, komunikasi pembangunan adalah proses komunikasi untuk
mewujudkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penglibatan mereka dalam
program-program pembangunan. Dalam hal ini, media komunikasi memainkan peranan
penting menyebarkan maklumat daripada pihak sumber yang mungkin terdiri
daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan kepada
masyarakat sasaran. Dalam erti kata lain, komunikasi pembangunan adalah suatu
keadaan, iaitu berlakunya pengaliran maklumat menerusi sesuatu saluran dengan tujuan
untuk mewujudkan perubahan sosial di kalangan khalayak sasaran.
Konsep pembangunan pula merujuk kepada keadaan fizikal dan bukan
fizikal yang berubah ke arah yang lebih baik berbanding keadaan sebelumnya.
Selain itu, pembangunan juga adalah satu proses perubahan sosial, iaitu
idea-idea baru diperkenalkan kepada masyarakat supaya mereka dapat mencapai
tahap keselesaan hidup berbanding dengan keadaan sebelumnya. Justeru itu,
komunikasi pembangunan bolehlah dikatakan sebagai satu usaha ke arah proses penstrukturan
sosial ke arah yang lebih maju. Dalam konteks ini bukan sahaja kemajuan fizikal
diutamakan, pembangunan sahsiah, nilai kemasyarakatan, perubahan norma, budaya,
sikap serta pendirian ke arah pemodenan adalah sesuatu yang dititikberatkan
dalam usaha melahirkan sebuah masyarakat yang berdaya saing dan berfikiran
terbuka.
KOMUNIKASI DAN PEMBANGUNAN
Komunikasi pembangunan PNUT HASSAN merupakan disiplin ilmu untuk merancang perubahan sosial
yang bertujuan meningkatkan pembangunan duniawi bagi menghapuskan kemiskinan,
pengangguran dan ketidakadilan (Quebral & Gomez, 1976 dlm. Mohd Hamdan
Adnan, 1992). Menurut Lucila (dlm. Mohd Hamdan Adnan, 1992), komunikasi
pembangunan merupakan bidang yang mengkaji tentang perancangan, pelaksanaan dan
penilaian projek untuk mempromosikan perubahan sosial. Dalam pada itu, Jamias
(1985) pula menyatakan bahawa terdapat tiga unsur yang membentuk struktur
komunikasi pembangunan iaitu inovasi, komunikasi dan tindakan (prestasi).
Berdasarkan takrifan komunikasi pembangunan tersebut, kita dapati terdapat
beberapa komponen yang sering dibangkitkan oleh para sarjana.
Komponen tersebut ialah penggunaan media, perubahan sosial, kesedaran,
perancangan dan penilaian program pembangunan. Di sini kita dapat lihat bahawa
media komunikasi memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat dan idea
baru untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat. Namun begitu, matlamat
komunikasi pembangunan bukan sekadar menyebarkan maklumat, tetapi lebih daripada
itu mengharapkan penglibatan masyarakat dalam proses perancangan dan
pelaksanaan sesuatu program. Jadi, apakah yang membezakan komunikasi
pembangunan dengan bidang komunikasi lain? Cuba anda imbas kembali bab-bab
terdahulu yang membincangkan tentang bidang komunikasi lain. Dalam hal ini, komunikasi
pembangunan disandarkan kepada beberapa perkara berikut:
(i) Menumpukan program yang dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat.
(ii) Penggunaan gabungan media secara intensif untuk menyalurkan
maklumat dan seterusnya memujuk
masyakarat untuk menerima idea perubahan dan pembangunan.
(iii) Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk
bersama-sama turut serta dalam program pembangunan yang dirancang.
(iv) Penglibatan secara menyeluruh masyarakat dan kerajaan, NGO
secara berterusan dalam menjamin kejayaan program pembangunan yang dirancang.
(v) Mewujudkan perubahan sosial dalaman yang dicetuskan oleh
masyarakat itu sendiri dan perubahan sosial hubungan, iaitu inovasi baru
daripada luar diterapkan dalam masyarakat (Mansor, 1984).
(vi) Berlaku hubungan dua hala dan penglibatan menyeluruh antara
penerima pembangunan (masyarakat) dengan sumber pembangunan (kerajaan dan NGO).
Dalam hal ini yang mendapat faedah nyata adalah penerima pembangunan manakala
sumber pula dapat memenuhi tanggungjawab sosial dan merealisasikan pembangunan
lestari.
PRINSIP UMUM KOMUNIKASI PEMBANGUNAN
Pada peringkat awal pengenalan komunikasi PNUT HASSAN pembangunan, focus komunikasi adalah
pada sumber (kerajaan, NGO dan lain-lain agensi) yang berperanan membawa mesej
dan memperkenalkan pembaharuan. Pada peringkat ini proses komunikasi
pembangunan berlaku secara sehala atau ‘top-down’, iaitu pihak agensi
menentukan semua perancangan program manakala masyarakat pula bertindak sebagai
penerima sahaja. Kini fokus komunikasi pembangunan mula berubah dengan
meletakkan keperluan dan kepentingan masyarakat lebih utama. Justeru
penglibatan masyarakat dalam proses perancangan adalah penting, sama ada
melalui penyertaan jawatankuasa, mel zaaba dialog, perlantikan wakil, pendapat umum dan
cadangan. Di samping itu, pihak media juga perlu memberikan fokus dan ruang
kepada suara dan pandangan orang ramai bagi tujuan mempengaruhi proses
pembentukan sesuatu dasar dan perancangan program pembangunan (Mohd Yusof
Abdullah, 2002).
PNUT HASSAN
Bagi mencapai hasrat murni ini, keberkesanan pelaksanaan programprogram
pembangunan oleh pihak kerajaan ataupun NGO perlu mengambil kira perkara
berikut:
(i)
Fokus pembangunan adalah kepada faedah masyarakat secara
menyeluruh dengan mendorong serta melibatkan masyarakat.
(ii)
Penyertaan masyarakat perlu diberi ruang dalam membuat keputusan,
mengenal pasti masalah dan alternatif penyelesaian masalah.
(iii)
Komunikasi pembangunan perlu bersifat dua hala, dinamis dan saling
bertindak antara sumber dan penerima (khalayak).
Sehubungan dengan perbincangan tersebut kita dapati bahawa teras proses
komunikasi pembangunan adalah penyebaran maklumat untuk tujuan perubahan
sosial. Maklumat di sini merujuk kepada inovasi iaitu sesuatu idea, amalan atau
objek yang dianggap sebagai baru oleh individu atau masyarakat yang menerimanya
(Rogers, 1983). Sesuatu inovasi itu disampaikan melalui proses penyerapan
(difusi). Menurut Rogers (1983), difusi ialah satu proses, iaitu inovasi
disampaikan melalui saluran tertentu. Proses difusi dan penerimaan inovasi
melibatkan lima tahap iaitu
(i) Tahap pengetahuan—individu didedahkan kepada maklumat inovasi.
(ii) Tahap pembujukan—individu membentuk sikap positif atau
negatif terhadap maklumat inovasi yang diterima dan membuat penilaian terhadap
kebaikan dan keburukan inovasi tersebut.
(iii) Tahap keputusan—individu membuat keputusan untuk menerima atau menolak
inovasi. Pengaruh masa, proses pembujukan, kesediaan dan keterbukaan minda akan
mempengaruhi keputusan individu.
(iv) Tahap pelaksanaan—individu menerima inovasi dan terus mengamalkannya dengan
mengikuti latihan atau siri perbincangan untuk meningkatkan kemahiran.
(v) Tahap pengesahan—individu menganalisis keperluan dan penerusan
inovasi yang diamalkan untuk mengesahkan faedah yang bakal diterima pada masa
hadapan.
Kesemua tahap PNUT HASSAN difusi inovasi yang dinyatakan berlaku secara berterusan. Justeru
itu, komunikator pembangunan perlu
merancang program secara strategi dengan mengambil kira perubahan-perubahan
sikap masyarakat, polisi kerajaan dan inovasi teknologi. Dalam hal ini proses pembujukan
melalui komunikasi kemanusiaan dan penyebaran maklumat oleh media massa secara
terancang dan berterusan memainkan peranan penting dalam usaha mengekalkan
minat dan pengesahan khalayak sasaran.
FUNGSI KOMUNIKASI PEMBANGUNAN
Dalam proses perubahan, komunikasi memainkan peranan mel zaaba penting khususnya aktiviti
penyebaran maklumat dan inovasi di samping menjadi perantaraan dengan sumber
pembangunan. Tanpa komunikasi yang berkesan dan terancang sukar untuk
memastikan masyarakat dapat menerima maklumat secara menyeluruh. Walaupun
terdapat pelbagai pendapat dan pandangan tentang peranan komunikasi dalam
proses pembangunan, sarjana komunikasi pembangunan Wilbur PNUT HASSAN Schramm menyatakan
komunikasi berperanan penting dalam proses pembangunan berdasarkan enam fungsi
iaitu (Mansor, 1984)
(i) Menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang pembangunan nasional agar
mereka memusatkan perhatian kepada keperluan perubahan, kesempatan cara mengadakan
perubahan, sasaran perubahan dan membangkitkan aspirasi nasional.
(ii) Komunikasi bertindak sebagai medium untuk menjelaskan polisi, rancangan
dan hasrat kerajaan.
(iii) Komunikasi berperanan mendidik dan memperkenalkan kemahiran-kemahiran
baru.
(iv)
Komunikasi digunakan untuk memperluas pasaran barangan khsususnya dalam menggerakkan
pasaran ekonomi tradisional.
(v) Komunikasi berfungsi mewujudkan kesedaran untuk berubah bermula daripada masyarakat.
(vi)
Membina jaringan sosial dengan dunia masyarakat luar.
Selain fungsi yang dinyatakan di atas, Hedebro (dlm. Mohd Hamdan & Zulkarimein,
1992) juga telah mengenal pasti fungsi komunikasi pembangunan seperti berikut:
(i) Komunikasi dapat mencipta iklim bagi perubahan dengan mengusahakan nilai,
sikap, mental dan bentuk perilaku yang menunjang modenisasi.
(ii)
Komunikasi dapat mengajar keterampilan baru.
(iii) Media massa dapat bertindak sebagai propaganda dan sumber pengetahuan.
(iv) Media massa boleh menyampaikan pengalaman mel zaaba yang seolah-olah dialami sendiri
sehingga dapat mencipta keperibadian yang dinamik.
(v) Komunikasi dapat meningkatkan aspirasi yang merupakan perangsang untuk
bertindak nyata.
(vi) Komunikasi dapat membantu masyarakat menemui norma baru dan keharmonian
pada masa peralihan.
(vii) Komunikasi dapat membuat masyarakat cenderung untuk turut serta dalam
perubahan keputusan di tengah-tengah kehidupan bermasyarakat.
(viii) Komunikasi dapat mengubah struktur PNUT HASSAN kekuasaan pada masyarakat
yang berciri tradisional dengan membawa pengetahuan kepada umum.
(ix) Komunikasi dapat membantu sebilangan besar penduduk agar menyedari
pentingnya erti mereka sebagai warganegara sehingga dapat membantu meningkatkan
patriotisme.
(x) Komunikasi memudahkan perancangan dan pelaksanaan program pembangunan yang
berkaitan dengan keperluan penduduk.
(xi) Komunikasi dapat membuat pembangunan ekonomi, sosial dan politik menjadi
suatu proses yang berlangsung sendiri.
Berdasarkan fungsi-fungsi komunikasi pembangunan yang dinyatakan oleh Wilbur Schramm dan Hedebro di atas,
dapat dirumuskan bahawa peranan komunikasi bersifat dinamik dan disesuaikan
dengan keperluan masyarakat dan aspirasi nasional. Walau bagaimanapun proses penyampaian
dan perkongsian maklumat perlu dipastikan berlaku secara dua hala dan dinamis.
Ini kerana kejayaan sesuatu program pembangunan banyak bergantung kepada tahap
penyertaan dan penglibatan masyarakat dalam perancangan program pembangunan.
Begitu juga dengan peranan media massa dan media kemanusiaan yang saling
melengkapi dalam proses penyampaian maklumat (Serveas, 2001). Secara
keseluruhannya dengan mengambil kira takrifan dan fungsi komunikasi pembangunan
yang dinamik dan berubah-ubah mengikut situasi, maka dapat dirumuskan bahawa
terdapat enam peranan utama komunikasi pembangunan .
RUMUSAN
Dalam bab ini kita telah berbincang tentang bidang komunikasi pembangunan
secara umum sekadar pengenalan kepada salah satu disiplin ilmu komuikasi yang penting.
Komunikasi pembangunan adalah suatu proses untuk mewujudkan perubahan sosial di
kalangan masyarakat sasaran. Penggunaan media massa dan media kemanusiaan
seperti komunikasi interpersonal, kumpulan kecil, mesyuarat dan seminar menjadi
nadi kepada penyebaran maklumat kepada masyarakat. Komunikasi berperanan
sebagai pemangkin dan pendorong kepada kejayaan sesebuah perancangan program
pembangunan. Namun begitu faktor kesediaan, kesedaran dan penyertaan masyarakat
dalam sesuatu program juga merupakan factor kejayaan sesuatu program
pembangunan (Schramm, 1964).