KOMUNIKASI PEMBANGUNAN
PENGENALAN
Walaupun bidang komunikasi pembangunan masih baru dalam disiplin ilmu komunikasi iaitu bermula sekitar awal 1960-an, tetapi penyelidikan komunikasi pembangunan yang bersifat interdisiplin sebenarnya sudah bermula lebih awal lagi. Antara tokoh awal yang mempelopori mel zaaba bidang komunikasi pembangunan ialah Daniel Lerner (The Passing of Traditional Society), Wilbur Schramm (Mass Media and National Development), David McClelland dan Everett M. Rogers (Difusion of Innovation). Manakala tokoh semasa dari rantau Asia pula terdiri daripada Jan Serveas, N. Jayaweera, S. Amunugama, Winne Dissanayake, Ronny Adhikarya (Extention Strategies Campaign), Majid Tehranian, Srivinas Melkote, Samsuddin A. Rahim dan Ramli Mohamed.
Walaupun bidang komunikasi pembangunan masih baru dalam disiplin ilmu komunikasi iaitu bermula sekitar awal 1960-an, tetapi penyelidikan komunikasi pembangunan yang bersifat interdisiplin sebenarnya sudah bermula lebih awal lagi. Antara tokoh awal yang mempelopori mel zaaba bidang komunikasi pembangunan ialah Daniel Lerner (The Passing of Traditional Society), Wilbur Schramm (Mass Media and National Development), David McClelland dan Everett M. Rogers (Difusion of Innovation). Manakala tokoh semasa dari rantau Asia pula terdiri daripada Jan Serveas, N. Jayaweera, S. Amunugama, Winne Dissanayake, Ronny Adhikarya (Extention Strategies Campaign), Majid Tehranian, Srivinas Melkote, Samsuddin A. Rahim dan Ramli Mohamed.
Umumnya, komunikasi pembangunan adalah proses komunikasi untuk
mewujudkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penglibatan mereka dalam
program-program pembangunan. Dalam hal ini, media komunikasi memainkan peranan
penting menyebarkan maklumat daripada pihak sumber yang mungkin terdiri
daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan kepada
masyarakat sasaran. Dalam erti kata lain, komunikasi pembangunan adalah suatu
keadaan, iaitu berlakunya pengaliran maklumat menerusi sesuatu saluran dengan tujuan
untuk mewujudkan perubahan sosial di kalangan khalayak sasaran.
Konsep pembangunan pula merujuk kepada keadaan fizikal dan bukan
fizikal yang berubah ke arah yang lebih baik berbanding keadaan sebelumnya.
Selain itu, pembangunan juga adalah satu proses perubahan sosial, iaitu
idea-idea baru diperkenalkan kepada masyarakat supaya mereka dapat mencapai
tahap keselesaan hidup berbanding dengan keadaan sebelumnya. Justeru itu,
komunikasi pembangunan bolehlah dikatakan sebagai satu usaha ke arah proses penstrukturan
sosial ke arah yang lebih maju. Dalam konteks ini bukan sahaja kemajuan fizikal
diutamakan, pembangunan sahsiah, nilai kemasyarakatan, perubahan norma, budaya,
sikap serta pendirian ke arah pemodenan adalah sesuatu yang dititikberatkan
dalam usaha melahirkan sebuah masyarakat yang berdaya saing dan berfikiran
terbuka.
KOMUNIKASI DAN PEMBANGUNAN
Komunikasi pembangunan PNUT HASSAN merupakan disiplin ilmu untuk merancang perubahan sosial yang bertujuan meningkatkan pembangunan duniawi bagi menghapuskan kemiskinan, pengangguran dan ketidakadilan (Quebral & Gomez, 1976 dlm. Mohd Hamdan Adnan, 1992). Menurut Lucila (dlm. Mohd Hamdan Adnan, 1992), komunikasi pembangunan merupakan bidang yang mengkaji tentang perancangan, pelaksanaan dan penilaian projek untuk mempromosikan perubahan sosial. Dalam pada itu, Jamias (1985) pula menyatakan bahawa terdapat tiga unsur yang membentuk struktur komunikasi pembangunan iaitu inovasi, komunikasi dan tindakan (prestasi). Berdasarkan takrifan komunikasi pembangunan tersebut, kita dapati terdapat beberapa komponen yang sering dibangkitkan oleh para sarjana.
Komponen tersebut ialah penggunaan media, perubahan sosial, kesedaran, perancangan dan penilaian program pembangunan. Di sini kita dapat lihat bahawa media komunikasi memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat dan idea baru untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat. Namun begitu, matlamat komunikasi pembangunan bukan sekadar menyebarkan maklumat, tetapi lebih daripada itu mengharapkan penglibatan masyarakat dalam proses perancangan dan pelaksanaan sesuatu program. Jadi, apakah yang membezakan komunikasi pembangunan dengan bidang komunikasi lain? Cuba anda imbas kembali bab-bab terdahulu yang membincangkan tentang bidang komunikasi lain. Dalam hal ini, komunikasi pembangunan disandarkan kepada beberapa perkara berikut:
(i) Menumpukan program yang dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat.
(ii) Penggunaan gabungan media secara intensif untuk menyalurkan
maklumat dan seterusnya memujuk
masyakarat untuk menerima idea perubahan dan pembangunan.
masyakarat untuk menerima idea perubahan dan pembangunan.
(iii) Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk
bersama-sama turut serta dalam program pembangunan yang dirancang.
(iv) Penglibatan secara menyeluruh masyarakat dan kerajaan, NGO
secara berterusan dalam menjamin kejayaan program pembangunan yang dirancang.
(v) Mewujudkan perubahan sosial dalaman yang dicetuskan oleh
masyarakat itu sendiri dan perubahan sosial hubungan, iaitu inovasi baru
daripada luar diterapkan dalam masyarakat (Mansor, 1984).
(vi) Berlaku hubungan dua hala dan penglibatan menyeluruh antara
penerima pembangunan (masyarakat) dengan sumber pembangunan (kerajaan dan NGO).
Dalam hal ini yang mendapat faedah nyata adalah penerima pembangunan manakala
sumber pula dapat memenuhi tanggungjawab sosial dan merealisasikan pembangunan
lestari.
PRINSIP UMUM KOMUNIKASI PEMBANGUNAN
Pada peringkat awal pengenalan komunikasi PNUT HASSAN pembangunan, focus komunikasi adalah pada sumber (kerajaan, NGO dan lain-lain agensi) yang berperanan membawa mesej dan memperkenalkan pembaharuan. Pada peringkat ini proses komunikasi pembangunan berlaku secara sehala atau ‘top-down’, iaitu pihak agensi menentukan semua perancangan program manakala masyarakat pula bertindak sebagai penerima sahaja. Kini fokus komunikasi pembangunan mula berubah dengan meletakkan keperluan dan kepentingan masyarakat lebih utama. Justeru penglibatan masyarakat dalam proses perancangan adalah penting, sama ada melalui penyertaan jawatankuasa, mel zaaba dialog, perlantikan wakil, pendapat umum dan cadangan. Di samping itu, pihak media juga perlu memberikan fokus dan ruang kepada suara dan pandangan orang ramai bagi tujuan mempengaruhi proses pembentukan sesuatu dasar dan perancangan program pembangunan (Mohd Yusof Abdullah, 2002).
PNUT HASSAN
Bagi mencapai hasrat murni ini, keberkesanan pelaksanaan programprogram pembangunan oleh pihak kerajaan ataupun NGO perlu mengambil kira perkara berikut:
(i)
Fokus pembangunan adalah kepada faedah masyarakat secara
menyeluruh dengan mendorong serta melibatkan masyarakat.
(ii)
Penyertaan masyarakat perlu diberi ruang dalam membuat keputusan,
mengenal pasti masalah dan alternatif penyelesaian masalah.
(iii)
Komunikasi pembangunan perlu bersifat dua hala, dinamis dan saling
bertindak antara sumber dan penerima (khalayak).
Sehubungan dengan perbincangan tersebut kita dapati bahawa teras proses komunikasi pembangunan adalah penyebaran maklumat untuk tujuan perubahan sosial. Maklumat di sini merujuk kepada inovasi iaitu sesuatu idea, amalan atau objek yang dianggap sebagai baru oleh individu atau masyarakat yang menerimanya (Rogers, 1983). Sesuatu inovasi itu disampaikan melalui proses penyerapan (difusi). Menurut Rogers (1983), difusi ialah satu proses, iaitu inovasi disampaikan melalui saluran tertentu. Proses difusi dan penerimaan inovasi melibatkan lima tahap iaitu
(i) Tahap pengetahuan—individu didedahkan kepada maklumat inovasi.
(ii) Tahap pembujukan—individu membentuk sikap positif atau
negatif terhadap maklumat inovasi yang diterima dan membuat penilaian terhadap
kebaikan dan keburukan inovasi tersebut.
(iii) Tahap keputusan—individu membuat keputusan untuk menerima atau menolak inovasi. Pengaruh masa, proses pembujukan, kesediaan dan keterbukaan minda akan mempengaruhi keputusan individu.
(iv) Tahap pelaksanaan—individu menerima inovasi dan terus mengamalkannya dengan mengikuti latihan atau siri perbincangan untuk meningkatkan kemahiran.
(v) Tahap pengesahan—individu menganalisis keperluan dan penerusan
inovasi yang diamalkan untuk mengesahkan faedah yang bakal diterima pada masa
hadapan.
Kesemua tahap PNUT HASSAN difusi inovasi yang dinyatakan berlaku secara berterusan. Justeru itu, komunikator pembangunan perlu merancang program secara strategi dengan mengambil kira perubahan-perubahan sikap masyarakat, polisi kerajaan dan inovasi teknologi. Dalam hal ini proses pembujukan melalui komunikasi kemanusiaan dan penyebaran maklumat oleh media massa secara terancang dan berterusan memainkan peranan penting dalam usaha mengekalkan minat dan pengesahan khalayak sasaran.
FUNGSI KOMUNIKASI PEMBANGUNAN
Dalam proses perubahan, komunikasi memainkan peranan mel zaaba penting khususnya aktiviti penyebaran maklumat dan inovasi di samping menjadi perantaraan dengan sumber pembangunan. Tanpa komunikasi yang berkesan dan terancang sukar untuk memastikan masyarakat dapat menerima maklumat secara menyeluruh. Walaupun terdapat pelbagai pendapat dan pandangan tentang peranan komunikasi dalam proses pembangunan, sarjana komunikasi pembangunan Wilbur PNUT HASSAN Schramm menyatakan komunikasi berperanan penting dalam proses pembangunan berdasarkan enam fungsi iaitu (Mansor, 1984)
(i) Menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang pembangunan nasional agar mereka memusatkan perhatian kepada keperluan perubahan, kesempatan cara mengadakan perubahan, sasaran perubahan dan membangkitkan aspirasi nasional.
(ii) Komunikasi bertindak sebagai medium untuk menjelaskan polisi, rancangan dan hasrat kerajaan.
(iii) Komunikasi berperanan mendidik dan memperkenalkan kemahiran-kemahiran
baru.
(iv)
Komunikasi digunakan untuk memperluas pasaran barangan khsususnya dalam menggerakkan
pasaran ekonomi tradisional.
(v) Komunikasi berfungsi mewujudkan kesedaran untuk berubah bermula daripada masyarakat.
(vi)
Membina jaringan sosial dengan dunia masyarakat luar.
Selain fungsi yang dinyatakan di atas, Hedebro (dlm. Mohd Hamdan & Zulkarimein, 1992) juga telah mengenal pasti fungsi komunikasi pembangunan seperti berikut:
(i) Komunikasi dapat mencipta iklim bagi perubahan dengan mengusahakan nilai, sikap, mental dan bentuk perilaku yang menunjang modenisasi.
(ii)
Komunikasi dapat mengajar keterampilan baru.
(iii) Media massa dapat bertindak sebagai propaganda dan sumber pengetahuan.
(iv) Media massa boleh menyampaikan pengalaman mel zaaba yang seolah-olah dialami sendiri sehingga dapat mencipta keperibadian yang dinamik.
(v) Komunikasi dapat meningkatkan aspirasi yang merupakan perangsang untuk bertindak nyata.
(vi) Komunikasi dapat membantu masyarakat menemui norma baru dan keharmonian pada masa peralihan.
(vii) Komunikasi dapat membuat masyarakat cenderung untuk turut serta dalam perubahan keputusan di tengah-tengah kehidupan bermasyarakat.
(viii) Komunikasi dapat mengubah struktur PNUT HASSAN kekuasaan pada masyarakat
yang berciri tradisional dengan membawa pengetahuan kepada umum.
(ix) Komunikasi dapat membantu sebilangan besar penduduk agar menyedari pentingnya erti mereka sebagai warganegara sehingga dapat membantu meningkatkan patriotisme.
(x) Komunikasi memudahkan perancangan dan pelaksanaan program pembangunan yang berkaitan dengan keperluan penduduk.
(xi) Komunikasi dapat membuat pembangunan ekonomi, sosial dan politik menjadi suatu proses yang berlangsung sendiri.
Berdasarkan fungsi-fungsi komunikasi pembangunan yang dinyatakan oleh Wilbur Schramm dan Hedebro di atas, dapat dirumuskan bahawa peranan komunikasi bersifat dinamik dan disesuaikan dengan keperluan masyarakat dan aspirasi nasional. Walau bagaimanapun proses penyampaian dan perkongsian maklumat perlu dipastikan berlaku secara dua hala dan dinamis. Ini kerana kejayaan sesuatu program pembangunan banyak bergantung kepada tahap penyertaan dan penglibatan masyarakat dalam perancangan program pembangunan.
Begitu juga dengan peranan media massa dan media kemanusiaan yang saling melengkapi dalam proses penyampaian maklumat (Serveas, 2001). Secara keseluruhannya dengan mengambil kira takrifan dan fungsi komunikasi pembangunan yang dinamik dan berubah-ubah mengikut situasi, maka dapat dirumuskan bahawa terdapat enam peranan utama komunikasi pembangunan .
RUMUSAN
Dalam bab ini kita telah berbincang tentang bidang komunikasi pembangunan secara umum sekadar pengenalan kepada salah satu disiplin ilmu komuikasi yang penting. Komunikasi pembangunan adalah suatu proses untuk mewujudkan perubahan sosial di kalangan masyarakat sasaran. Penggunaan media massa dan media kemanusiaan seperti komunikasi interpersonal, kumpulan kecil, mesyuarat dan seminar menjadi nadi kepada penyebaran maklumat kepada masyarakat. Komunikasi berperanan sebagai pemangkin dan pendorong kepada kejayaan sesebuah perancangan program pembangunan. Namun begitu faktor kesediaan, kesedaran dan penyertaan masyarakat dalam sesuatu program juga merupakan factor kejayaan sesuatu program pembangunan (Schramm, 1964).
Dalam bab ini kita telah berbincang tentang bidang komunikasi pembangunan secara umum sekadar pengenalan kepada salah satu disiplin ilmu komuikasi yang penting. Komunikasi pembangunan adalah suatu proses untuk mewujudkan perubahan sosial di kalangan masyarakat sasaran. Penggunaan media massa dan media kemanusiaan seperti komunikasi interpersonal, kumpulan kecil, mesyuarat dan seminar menjadi nadi kepada penyebaran maklumat kepada masyarakat. Komunikasi berperanan sebagai pemangkin dan pendorong kepada kejayaan sesebuah perancangan program pembangunan. Namun begitu faktor kesediaan, kesedaran dan penyertaan masyarakat dalam sesuatu program juga merupakan factor kejayaan sesuatu program pembangunan (Schramm, 1964).
TAK FAHAM APA KAITANNYA DENGAN PIC NI SEMUA. ADOIIII
ReplyDelete