Monday, 13 November 2017

Peperiksaan 'ONLINE' SPA PTD GRED M41

Assalamualaikum w.b.t,
Kisah dia bermula apabila aku mendapat SMS notifikasi daripada pihak SPA untuk menjemput aku untuk memasuki peperiksaan ini dengan melayari laman sesawang SPA untuk makluman lanjut. Baru-baru ini (erk.. baru ke?) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memperkenalkan Peperiksaan memasuki perkhidmatan awam secara dalam talian (Online). Siapa-siapa yang seangkatan denganku mesti pernah menghadiri peperiksaan manual sebelum ini. Memang agak susah sedikit. Sampaikan bila dapat panggilan peperiksaan pun rasa macam tak nak pegi, sebab tempat peperiksaan selalunya sekolah-sekolah yang kadangkala kita tak tau pun sekolah tu kat mana.. ngeeee... geografi failed! Exam pagi sampai petang, kantin sekolah pula tak buka... kalau tak bawa makanan memang kebulurla sampai ke sudah.




Untuk makluman, aku sedang bekerja di Jabatan kerajaan gred W29 (Pen. Pegawai –Unit Audit, Jabatan dirahsiakan tapi linknya ... ). 
Baru-baru ini buat pertama kalinya aku dapat panggilan peperiksaan online. Neves juga memula tu takut line internet buat hal. Yang seronoknya kita cuma perlu cari tempat yang kita selesa, siapkan makan minum sikit hehe, yang penting: internet kena speed paling laju. So, aku guna wifi internet rumah aku di Alor Setar yang dilabel ‘Bayarlah Dulu”dari TalikomMalaysia.
Ini adalah contoh soalannya..






















 AKHIR KATA, Ini adalah pengalaman saya sepanjang saya berada dalam peperiksaan ini. Apapun, saya bersyukur, saya dipanggil untuk menduduki peperiksaan ini.. Apa yang saya harapkan cumalah, saya lulus, diterima dan dapat stage seterusnya. Keputusan peperiksaan telah aku semak yang keluar 13.11.2017 seawal 5.10pm. Perg.. cepat sungguh. Lagipun soalan ABCD, easy to mark using computer Kalau manual biasanya dalam sebulan dua baru tau. Keputusan aku... erm... amat menyedihkan. Tapi x aper.. cuba lagi tahun hadapan.

Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kurniakan aku dengan sifat2 Mu yang maha mengasihi dan maha menyayangi agar aku tidak sia2kan apa yang telah aku buat selama ini. Amiiinnn~~~

No comments:

Post a Comment