UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
1.1 PENGENALAN
Undang-Undang
Pentadbiran secara dasarnya adalah merupakan satu himpunan peraturan-peraturan
yang dapat membentuk sebuah pentadbiran yang baik dan adil. Ia memastikan
ketelusan serta konsep akauntabiliti atau tanggungjawab yang patut diamalkan di
dalam proses pentadbiran sesebuah negara. Wujudnya Undang-Undang Pentadbiran
menunjukkan kepada kita bahawa badan pentadbiran juga adalah tertakluk kepada
kawalan undang-undang, terutama kawalan oleh badan kehakiman. UndangUndang
Pentadbiran juga memberi penjelasan tentang kuasa-kuasa pentadbiran dalam
setiap aspek pentadbiran. Sebagai contoh, jentera pentadbiran tertentu akan
mengetahui adakah tindakan atau keputusan yang telah di ambil berada di dalam
bidangkuasa mereka.
Cara
ini dapat mengelak pentadbir tersebut dari melaksanakan perkara yang sha haikal bukan
berada di dalam bidangkuasa yang diperuntukkan. Ini dapat mengelakkan dari
berlakunya ultra-virus dalam pengurusan pentadbiran. Anda tentu dapat merasakan
kepentingan Undang-Undang Pentadbiran di dalam sesebuah negara. Undang-Undang
Pentadbiranini amat penting kepada semua pihak lebih-lebih lagi kepada rakyat di
dalam sesebuah negara kerana hanya Undang-Undang Pentadbiran yang dapat menyelesaikan
ketidakadilan yang berlaku di dalam negara tersebut. Antara sebabnya ialah
amalan birokrasi dan kuasa budibicara yang luas telah diberikan kepada pihak
pentadbiran
dalam melaksanakan tugas mereka.
Walaupun
Undang-Undang Pentadbiran akan terus berkembang dari semasa ke semasa, semakan
kehakiman terhadap tindakan pentadbiran ini juga akan terus berkembang seiring
dengan perkembangan pesat yang berlaku di dalam aktiviti-aktiviti pentadbiran
itu sendiri.
1.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PERKEMBANGAN
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
Undang-Undang
Pentadbiran telah berkembang dengan pesatnya dalam kurun ke-20 di negara-negara
demokratik termasuklah di Malaysia sendiri. Perkembangan yang berlaku dikira
agak lambat berbanding dengan perkembangan cabang perundangan lain. Perkembangan
tersebut berlaku atas sebab keperluan dan bukan seperti Undang-Undang
Perlembagaan yang berlaku atas satu gubalan. Pertumbuhan dan perkembangan
tersebut berlaku dalam aspek kuantiti, kualiti dan kepentingan-kepentingan yang
ada kaitan (relative significance) bersesuaian dengan peredaran masa dan zaman.
Contohnya,
pemakaian atau aplikasi Prinsip Keadilan Asasi serta Remedi yang diperkenalkan
pada abad ke-17 adalah terhad dan ia hanya giat di aplikasikan dalam sistem
pentadbiran apabila Kerajaan menggubal polisi dengan melibatkan diri dalam
urusan sosioekonomi rakyat. Di sinilah pentingnya Undang-Undang Pentadbiran
kerana ia dapat mengawal tindakan serta perkembangan kuasa yang berlaku kepada
pihak pentadbiran.
Kita
akan lebih memahami Undang-Undang Pentadbiran apabila kita mengetahui apakah
faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan Undang-Undang Pentadbiran itu
sendiri. Berikut merupakan faktor-faktor perkembangan Undang-Undang Pentadbiran
(MP Jain,1997):
1. Perkembangan dalam jentera, fungsi dan kuasa
pihak pentadbiran
Kerajaan
mana-mana negara pun tidak akan teragak-agak untuk mendapatkan lebih kuasa bagi
mempertahankan negara disebabkan adanya ancaman dari dalam atau luar negara
yang boleh mengancam keselamatan negara. Selalunya pihak pemerintah akan
menggunakan undang-undang untuk tujuan tersebut. Kuasa-kuasa yang diperuntukkan
undang-undang tertentu mengekalkan keamanan dan menjamin ketenteraman di dalam
negara lebih-lebih lagi dalam mengawal sesuatu yang di luar jangkaan. Bagi
mengatasi keadaan serta ancaman tersebut kuasa-kuasa yang diperolehi boleh menyebabkan
berlakunya perkembangan dalam jentera, fungsi serta
kuasa
pihak pentadbiran.
Sebagai
contoh, keadaan kacau bilau yang berlaku pada tahun 60- an menyebabkan kerajaan
menggubal Undang-Undang Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Malaysia dan
juga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 sebagai langkah keselamatan. Undang-undang
ini memberi kuasa budibicara kepada pemerintah untuk menghalang kebebasan asasi
seseorang serta membolehkan kerajaan menahan seseorang tanpa bicara dalam
tempoh tertentu bagi mengekalkan keamanan dalam negara.
2.
Perubahan di dalam peranan dan fungsi negara
Dalam
abad ke-19, negara lebih menumpukan tentang keselamatan dari ancaman luar,
bagaimana mengekalkan keamanan, bertindak adil dalam sebarang tindakan atau
pertikaian peribadi yang dikemukakan oleh mana-mana individu serta kutipan
cukai untuk mengendalikan urusan asas mereka. Aktiviti ekonomi dikendalikan
mengikut prinsip ‘laissez faire’atau ‘free enterprise’. Ia lebih menekankan
prinsip ‘individualism’, ‘individual enterprise’ dan ‘self- help’. Falsafah ini
akhirnya memberi kesan negatif terhadap kebajikan orang ramai dan kebanyakan rakyat
tidak berpuas hati kerana ia hanya menguntungkan pihak yang berada dan sha haikal berkemampuan. Atas sebab di atas negara telah mula berubah dan memainkan peranan
aktif dalam aktiviti ekonomi dengan mewujudkan falsafah‘state collectivism’.
Falsafah ini merupakan asas kepada sesebuah kerajaan yang berbentuk ‘social
welfare state’.
3. Perspektif baru pentadbiran negara moden
memerlukan penglibatan negara secara positif dalam semua aspek
kehidupan
rakyat dan menguruskan kehendak sosioekonomi rakyat Kerajaan sekarang lebih
terlibat dalam semua aspek kehidupan rakyat. Penglibatan ini merupakan
instrumen untuk memperkembangkan lagi kebajikan sosio-ekonomi rakyat sendiri seperti
dalam memberi kemudahan awam, membina jalanraya, perkhidmatan kesihatan,
perkhidmatan kebajikan dan moral rakyat serta menyediakan kemudahan
infrastruktur atau fasiliti dalam perkhidmatan pelajaran. Dalam memperkatakan
tentang negara moden, Friedman dalam bukunya ‘The Rule of law and The Welfare
State’membahagikan fungsi kerajaan moden kepada lima bahagian, iaitu
(i) Negara sebagai pelindung (protector)-
Bermaksud untuk melindungi dan mempertahankan negara dari
ancaman
musuh luar dan dalam negara.
(ii) Negara sebagai penyumbang (provider)- melaksanakan
konsep ‘social welfare state’ iaitu memastikan supaya semua orang menikmati
sekurang-kurangnya taraf minima dalam kehidupan dengan memberi perkhidmatan
sosial dan kebajikan kepada rakyat. Contohnya sumbangan berbentuk pencen kepada
pesara dan juga perkhidmatan kesihatan atau perubatan.
(iii) Negara sebagai pengawal (regulator)- Bermaksud negara bertindak mengawal beberapa
aktiviti masyarakat seperti pembangunan dan perancangan Bandar atau kampung dan
mengawal persekitaran.
(iv) Negara sebagai pengusaha (entrepreneur)- Bermaksud
negara terlibat dalam beberapa aktiviti komersial dengan mewujudkan perbadanan
tertentu.
(v) Negara sebagai pengadil (umpire)- Bermaksud negara mengadili kepentingan
mana-mana sektor yang bersaing dalam masyarakat dengan adil dan saksama.
4. Penglibatan negara secara aktif untuk
memperbaiki moral, fizikal dan aktiviti sosio-ekonomi menambahkan fungsinya Fungsi
yang semakin luas memerlukan tiga badan utama kerajaan, iaitu perundangan,
eksekutif dan kehakiman diberi lebih kuasa. Penggubalan undang-undang yang
banyak bagi membolehkan negara melaksanakan fungsinya boleh membawa kepada
banyak pertikaian. Badan Kehakiman juga tidak dapat menyelesaikan pertikaian
yang terjadi. Disebabkan itulah badan separa kehakiman diperlukan untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut.
Penyerahan tugas-tugas oleh badan separa
kehakiman bermaksud perlaksanaan atau pengambil
alihan kuasa oleh peringkat pentadbiran dalam melaksanakan fungsi yang semakin bertambah. Oleh kerana itulah wujudnya Perundangan Kecil,
Tribunal dan juga beberapa Perbadanan
Awam bagi memenuhi fungsi-fungsi negara yang semakin berkembang.
5. Perluasan kuasa pihak pentadbiran : Ia tidak
dapat dielakkan kerana kebanyakan masalah sosio-ekonomi yang kompleks
memerlukan penyelesaian segera, ringkas, terbaik dan praktikal. Penyelesaian
ini tidak dapat dilaksanakan melalui proses biasa oleh badan perundangan dan
kehakiman. Badan Perundangan tidak mempunyai cukup masa, teknik dan kepakaran bagi
menyelesaikan segala masalah yang timbul secara terperinci dan segera kerana ia
harus mengikut polisi-polisi tertentu yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan
badan kehakiman yang mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan sesuatu kes.
Ia harus mengikut prosedur formal mahkamah dan memerlukan kos yang tinggi. Pentadbiran
moden perlu lebih dinamik. Ia memerlukan pengetahuan teknikal, ujian yang
berterusan serta penyesuaian yang lebih terperinci. Bagi memenuhi keperluan di
atas, tugas-tugas tersebut dirasakan dapat dilaksanakan hanya oleh badan pentadbiran.
Badan pentadbiran dapat menyelesaikan masalah dalam keadaan semasa dengan
mengutarakan teknik-teknik, prosedur dan instrumen yang baru. Mereka juga dapat
bertindak dengan cepattanpa melalui prosedur formal seperti di mahkamah.
Khidmat pakar serta memperolehi teknik serta pengetahuan dalam bidang pengkhususan
tertentu juga dapat disediakan oleh pihak pentadbiran.
6. Wujudnya pelbagai fungsi atau jentera
pentadbiran untuk menjalankan fungsi negara
Kepelbagaian
fungsi negara telah mewujudkan pelbagai badan atau jentera pentadbiran seperti
Suruhanjaya, Tribunal, Lembaga, jabatan, direktorat dan sebagainya bagi
melaksanakan fungsi-fungsi tersebut.
7. Keperluan untuk mengawal kuasa supaya tidak disalahguna
‘State
activism’telah menyebabkan timbulnya empayar baru bagi kuasa birokrat. Telah
wujud hubungan kompleks antara individu dan pihak pentadbiran. Perlaksanaan kuasa
budibicara oleh pihak eksekutif memberi kesan terhadap hak, kebebasan dan harta
individu. Oleh kerana itu perlulahada kawalan terhadap tindakan pihak
pentadbiran bagi mengelakkan salah guna kuasa di dalam melaksanakan tugas
mereka sehingga boleh menjejaskan hak atau kebebasan seseorang. Locke pernah
berkata dalam kurun ke-17:sha haikal
“ Wherever law ends, tyranny begins.”
Di
sinilah Undang-Undang Pentadbiran boleh memastikan agar sebarang keputusan dan
tindakan yang diambil berlandaskan undang-undang. Kita juga boleh katakan di
sini Undang-Undang Pentadbiran ialah undang-undang mengenai kawalan kuasa
kerajaan seperti apa yang diperkatakan oleh Wade (Administrative Law, 1994):
“ A first approximation
to a definition of administrative law is
to say that it is the law relating to the control of governmental power. This,
at any rate, is the heart of the subject.”
Wade
seterusnya berkata: “The primary purpose of administrative law, therefore, is to keep
thepowers of government within their legal bounds, so as to protect the citizen
against their abuse. The powerful engines of authority must be prevented from
running amok….Abuse is therefore inevitable, and it is all the more necessary
that the law should provide means to check it….Subject as it is to the vast
empires of executive power that have been created, the public must be able to
rely on the law to ensure that all this power may be used in a way conformable
to its ideas of fair dealing and good administration.”
8. Keperluan untuk mengimbangi hak-hak individu
dan tuntutan pentadbiran Dalam konteks ini Undang-Undang Pentadbiran perlu memperseimbangkan
antara tuntutan hak individu (private right) dan kebajikan orang awam (public
good). Hal ini telah diperjelaskan lagi oleh Griffith and Street (Principle of
Administrative Law, 1973):
“Administrative law poses that most important problem of our
time: the relationship between public power and personal right. We are
concerned, then, not merely with the powers and processes of the administration,
but withthe controls of the administration, legal and political, without which that
essential balance between individual liberty and public good is impossible.”
9. Menentukan keperluan dan tindakan kerajaan
adalah mengikut landasan undang-undang Dalam sistem pentadbiran sesebuah negara
demokratik sekarang ini, cara kawalan dan pengurusan kuasa kerajaan merupakan
satu masalah besar yang prlu diberi perhatian. Dalam hal ini UndangUndang
Pentadbiran memainkan peranan penting bagi memastikan agar keperluan dan
tindakan kerajaan tidak terkeluar dari landasan undang-undang. Undang-Undang
Pentadbiran juga perlu mewujudkan mekanisma kawalan yang lengkap bagi
memeriksasama ada wujud penyalahgunaan kuasa tanpa mengganggu kelancaran urusan
kuasa mereka.
DEFINISI
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
Tidak
ada satu definisi yang lengkap dan memuaskan yang dapat kita ambil bagi
menggambarkan apakah itu Undang-Undang Pentadbiran. Kita hanya dapat mengetahuinya
apabila mengkaji beberapa definisi yang diberikan oleh ahli ilmuan
undang-undang sendiri. Menurut Davis, seorang ahli falsafah Amerika,
Undang-Undang Pentadbiran ialah undang-undang berkaitan dengan kuasa dan peraturan
agensi pentadbiran terutama undang-undang mengenai semakan semula kehakiman
terhadap tindakan pentadbiran (judicial review of administrative action).
Agensi pentadbiran kecuali badan perundangan dan badan kehakiman di kira
sebagai pihak berkuasa kerajaan dan tindakan mereka boleh memberi kesan kepada
orang awam melalui proses membuat peraturan atau penghakiman. Penjawat awam
yang mempunyai peranan dalam Pentadbiran Awam atau yang sha haikal mengendalikan masalah
yang tiada kaitan dengan penghakiman atau membuat undang-undang tidak termasuk
dalam skop Undang-Undang Pentadbiran. Davis memberikan lebih penekanan kepada
proses pentadbiran itu sendiri atau kuasa insidental seperti pengawasan,
pendakwaan, penyiasatan, penasihatan dan perisytiharan. Kelemahan definisi
Davis ialah, penekanan cuma diberikan kepada kuasa perundangan deligasi
(delegated legislation) dan penghakiman (adjudication). Davis tidak menyentuh
tentang kuasa budibicara yang dimiliki pihak pentadbiran. Beliau Cuma menekankan
tentang kawalan kehakiman terhadap tindakan pentadbiran tanpa menyentuh
kawalan-kawalan lain seperti kawalan oleh badan perundangan, kawalan melalui
Tribunal serta rayuan oleh pihak pentadbiran. Di England, menurut Professor
Dicey, Undang-Undang Pentadbiran ialah undang-undang mengenai sistem
perundangan negara yang menentukan perkara berikut:
(i) Status undang-undang dan tanggungjawab semua pegawai
kerajaan;
(ii) Menentukan hak dan tanggungan individu dalam berurusan
dengan pegawai-pegawai awam; dan
(iii) Memperuntukkan prosidur bagaimana hak dan tanggungan
tersebut harus dilaksanakan.
Kelemahan
definisi Dicey ialah beliau meletakkan Undang-Undang Pentadbiran dalam skop
yang amat sempit dan terbatas. Beliau mengeluarkan banyak aspek yang patut ada
pada jentera pentadbiran moden seperti perbadanan awam dari skop Undang-Undang Pentadbiran.
Dicey cuma menekankan kepada permasalahan kawalan kehakiman terhadap penjawat
awam tanpa mengambil kira mekanisma kawalan yang lain yang boleh digunaan untuk
mengawal kuasa pentadbiran. Pendekatan moden British terhadap Undang-Undang
Pentadbiran dijelaskan dalam definisi yang diberikan oleh Jennings. Beliau menyatakan
bahawa Undang-Undang Pentadbiran adalah undangundang berkaitan pentadbiran
yangakan menentukan organisasi, kuasa dan tanggungjawab pihak berkuasa
pentadbiran. Tafsiran yang di buat oleh Jennings terlalu luas. Kritikan pada tafsiran
beliau terbahagi kepada dua, iaitu
(i)
Tafsiran
yang luas itu tidak dapat membezakan antara Undang-Undang Pentadbiran dengan
UndangUndang Perlembagaan kerana Undang-Undang Perlembagaan menyentuh mengenai
organisasi pihak berkuasa pentadbiran; dan
(ii)
(ii) Tafsiran beliau juga menyentuh Undang-Undang substantif
apabila menentukan sama ada tindakan pentadbiran sah atau tidak.
Seterusnya
menurut Wade & Philips, Undang-Undang Pentadbiran ialah cabang
Undang-Undang Awam (public law) yang menyentuh tentang komposisi, kuasa,
tanggungjawab, hak-hak dan tanggungan badan kerajaan yang terlibat dalam
pentadbiran. Menurut Wade, Undang-Undang Pentadbiran adalahberkenaan dengan
kuasa pihak berkuasa awam khususnya cara perlaksanaan kuasa tersebut. Definisi ini
menekankan tentang kuasa sahaja. Objektif utamanya ialah melindungi rakyat dari
salah guna kuasa oleh pihak pentadbiran. M.P. Jain (Administrative Law of
Malaysia and Singapore, 1997) menggariskan empat perkara di dalam membincangkan
skop atau kandungan undang-undang Pentadbiran. Undang-Undang Pentadbiran adalah
undang-undang mengenai
(i) Struktur, kuasa dan fungsi badan pentadbiran
- Ia berkaitan dengan penyusunan dan kuasa badan pentadbiran. Maksud badan
pentadbir di sini adalah termasuk semua jenis badan pentadbiran atau pihak berkuasa
awam.
(ii) Had kuasa badan pentadbiran. Had kuada
tersebut sama ada secara nyata atau tersirat - Kuasa nyata diperuntukkan di
dalam Statut atau mana-mana Akta yang berkaitan. Manakala kuasa tersirat pula
datang dari hasil tafsiran mahkamah dalam membuat keputusan.
(iii) Cara dan prosidur yang diikuti dalam
melaksanakan kuasa dan fungsi badan pentadbiran - Prosedur pentadbiran yang
adil adalah satu cara untuk mengurangkan berlakunya salah guna kuasa budibicara
yang diberi kepada pihak pentadbir.
(iv) Cara bagaimana kuasa tersebut dikawal
termasuklah remedi kepada sesiapa yang merasakan haknya telah
dicerobohi
- Selain dari kawalan kehakiman, kawalan lain juga diperaktikkanseperti kawalan
dalaman sesebuah organisasi termasuklah pengolahan satu prosidur yang adil bagi
mengurangkan salah guna kuasa oleh pentadbir.
Kawalan-kalawan
lain adalah sha haikal seperti Ombudsman, Tribunal dan sebagainya. Berdasarkan kepada
definisi-definisi yang telah kita pelajari, jelas di sini bahawa tidak ada satu
definisi lengkap dan memuaskan untuk menerangkan apakah itu Undang-Undang
Pentadbiran. Tetapi dengan mengetahui definisi-definisi tadi dapat memberikan gambaran
atau skop tentang apakah yang dimaksudkan dengan Undang-Undang Pentadbiran. Secara
ringkasnya dapat kita rumuskan bahawa Undang-Undang Pentadbiran adalah
undang-undang yang menentukan organisasi,
kuasa
serta tanggungjawab pihak berkuasa pentadbiran termasuklah perlaksanaan dan
kawalan kuasa-kuasa kerajaan.
1.4
UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN
Dalam
membincangkan tentang Undang-Undang Pentadbiran, kita juga tidak dapat lari
dari mengetahui beberapa aspek yang terkandung di dalam Undang-Undang
Perlembagaan. Ini kerana Undang-Undang Perlembagaan merupakan antara sumber
UndangUndang Pentadbiran; selain dari Undang-Undang Kes (Case Law), konvensyen
seperti keputusan kabinet, arahan menteri, surat pekeliling, ucapan menteri dan
terakhir pandangan dan pendapat penulis buku-buku teks bagi Undang-Undang
Pentadbiran atau Undang-Undang Perlembagaan. Secara umumnya sumber UndangUndang
Pentadbiran mengandungi semua undang-undang dan prinsip-prinsip yang mengurus
dan menguasai hal-ehwal pentadbiran negara. Terdapat hubungan yang rapat antara
Undang-Undang Perlembagaan dengan Undang-Undang Pentadbiran di negara kita kerana
keduanya adalah sebahagian dari Undang-Undang Awam (Public Law) dan berurusan dengan kuasa-kuasa dan
fungsi-fungsi kerajaan. Keduanya juga bertujuan untuk membahagi dan mengawal kuasa
di dalam negara. Perbezaan secara praktikal antara kedua-dua cabang
Undang-Undang Awam tersebut adalah seperti berikut; Undang-Undang Perlembagaan
berurusan khususnya keatas struktur, organisasi, kuasa dan fungsi tiga badan
utama kerajaan iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman serta hubungkait
antaranya. Manakala Undang-Undang Pentadbiran merujuk khususnya kepada operasi atau
perlaksanaan pentadbiran secara individu iaitu perlaksanaan kuasa oleh pihak
berkuasa pentadbiran. Beberapa prinsip Undang-Undang Pentadbiran boleh di
dapati di dalam Undang-Undang Perlembagaan. Sebagai contoh Perkara 135(2)
memperuntukkan bahawa tiada seseorang anggota mana-mana perkhidmatan boleh
dibuang kerja atau diturunkan pangkat dengan
tidak
diberi peluang yang menasabah untuk mendengar. Di sini prinsip keadilan asasi
iaitu hak untuk di dengar adalah terpakai. Oleh kerana itu kita perlu juga
mengetahui tentang Undang-Undang Perlembagaan untuk kita lebih menghargai dan
memahami UndangUndang Pentadbiran memandangkan keduanya mempunyai perkaitan
yang erat serta saling melengkapi antara satu sama lain. 1.4.1 Definisi Undang-Undang Perlembagaan Mengikut
Kamus Undang-Undang Oxford, Perlembagaan bermaksud peraturan-peraturan dan
amalan-amalan yang menentukan corak dan fungsi organ-organ kerajaan dalam
sesebuah negara. Hakim Tun Suffian Hashim (Mengenal Perlembagaan Malaysia,
1997) memberi definisi Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang
menjadi asas kepada sistem kerajaan dan sistem undang-undang. Tafsiran ini
khusus kepada perlembagaan Persekutuan Malaysia sahaja kerana pada umumnya
Perlembagaan tidak semestinya merupakan undang-undang yang tertinggi bagi
negara-negara lain. Menurut Wade & Bradley (Constitutional and
administrative Law, 1985) ada dua tafsiran kepada perlembagaan, iaitu
(i) Pertama; satu dokumen yang mempunyai kesucian
undang-undang yang menurunkan rangka dan fungsi utama bedan-badan kerajaan di
dalam sesebuah negara dan mengisytiharkan prinsip-prinsip yang harus diikuti
oleh badan-badan tersebut.
(ii) Kedua; Keseluruhan sistem kerajaan sha haikal sesebuah
negara, koleksi peraturan yang mewujud dan menyelaras atau
memerintah
kerajaan.
Menurut
Tun Salleh Abas pula (Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia, 1997).
Perlembagaan adalah suatu suratan yang mengandungi semua undang-undang
tertinggi yang dianggap mustahak bagi mewujudkan sesebuahnegara moden. Tafsiran
ini lebih menjurus kepada Perlembagaan bertulis.
1.4.2 Undang-Undang Perlembagaan di Malaysia Malaysia
mengamalkan sistem Perlembagaan bertulis. Ia merupkan satu dokumen bertulis
yang formal dan dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia menurunkan
struktur dan prinsipprinsip yang harus diikuti oleh badan-badan utama kerajaan
iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Di dalam Bab 3
Bahagian 4, Perlembagaan Persekutuan menurunkan kuasa eksekutif kepada Yang
di-Pertuan Agong tertakluk kepadamana-mana Undang-Undang Persekutuan dan kuasa
itu dijalankan olehnya atau oleh Jemaah menteri atau mana-mana menteri, tetapi Parlimen
dengan undang-undang boleh memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain. Dalam
Bab 4 Bahagian 4, Perlembagaan menurunkan kuasa perundangan Persekutuan kepada
Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlisyang dinamakan
Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dalam Bahagian 9, Perlembagaan Persekutuan menurunkan
kuasa
kehakiman
bagi Persekutuan kepada dua Mahkamah Tinggi, iaitu satu di Semenanjung Malaysia
dan satu lagi di Sabah dan Sarawak serta mana-mana mahkamah bawahan sebagaimana
yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Persekutuan.
1.4.3 Sistem Kerajaan Malaysia
Malaysia
mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan serta Demokrasi Berparlimen.
Berdasarkan peruntukkan dalam Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan, Malaysia
mengamalkan Doktrin Ketertinggian Perlembagaan atau ‘Supremacy of The
Constitution’dan bukan Ketertinggian Parlimen. Ini bermaksud Parlimen di
Malaysia masih tertakluk kepada Perlembagaan dan hanya boleh membuat dan
meminda undang-undang menurut bidang kuasa yang telah ditetapkan dalam
Perlembagaan. Sekiranya undang-undang yang diluluskan oleh parlimen
bertentangan dengan Perlembagaan, undang-undang itu dianggap sebagai tidak sah.
Manakala berdasarkan Perkara 162, undang-undang yang sedia ada hendaklah terus
berkuatkuasa pada dan selepas hari Merdeka dengan dibuat pengubahsuaian
sehinggalah dimansuhkan atau dibatalkan oleh pihak yang berkuasa berbuat
demikian.
Sepertimana
yang diperuntukkan dalam Perkara 1(1) Perlembagaan Malaysia, Sistem Kerajaan
Malaysia berbentuk Persekutuan di mana kuasa pemerintah dan perundangan
dibahagikan antara Persekutuan dengan Dewan Undangan Negeri. Bahagian 6
Perlembagaan Persekutuan memperjelaskan kepada kita tentang perhubungan antara
Persekutuan dengan Negeri-Negeri. Perkara 73 menetapkan had Undang-Undang
Persekutuan dan Negeri di mana kuasa diberi oleh Perlembagaan kepada Parlimenuntuk
membuat undang-undang bagi seluruh atau mana-mana bahagian Persekutuan dan juga
undang-undang yang berkuatkuasa luar serta dalam Persekutuan. Manakala bagi
Badan perundangan Negeri, ia boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau
manamana bahagian negeri itu. Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai
mana-mana perkara yang disebutkan dalam Senarai Persekutuan (Senarai Pertama)
atau Senarai Bersama (Senarai Kedua) dan Badan Perundangan Negeri boleh membuat
undang-undang seperti yang di sebut di dalam Senarai Negeri (Senarai Kedua) dan
Senarai Bersama (Senarai Ketiga). Kesemua senarai tersebut dinyatakan dalam
Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 75 pula memperuntukkan
tentang kelebihan kuasa bagi Persekutuan, iaitu sekiranya terdapat sha haikal pertentangan
antara UndangUndang Persekutuan dan Undang-Undang Negeri, maka UndangUndang
Persekutuan yang akan terpakai dan berkuatkuasa. Dalam kes George Town City
Council VGovernment of State of Penang (1967) 1MLJ169, mahkamah memutuskan
bahawa undangundang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri yang bertentangan
dengan Undang-Undang Persekutuan adalah tidak sah setakat mana ia bertentangan.
Seterusnya Perkara 128 memberi kuasa hanya kepada Mahkamah Persekutuan untuk
menentukan bidangkuasa parlimen dan Badan perundangan Negeri dalam membuat
undang-undang agar tidak terbatal dan juga tentang pertikaian mengenai apa-apa
soal lain antara Negeri-negeri atau di antara Persekutuan dengan mana-mana negeri.
Walaupun sistem kerajaan kita memperuntukkan tentang ketertinggian Perlembagaan
seperti dalam perkara 4(1), akan tetapi dalam keadaan tertentu Parlimendiberi
kuasa untuk membuat undang-undang walaupun ianya bertentangan dengan
Perlembagaan. Sebagai contoh apabila darurat diisytiharkan oleh YDPA di bawah Perkara
150 Perlembagaan Malaysia. Dalam hal ini kuasa yang luas diperuntukkan bagi
membolehkan YDPA mangisytiharkan Darurat sekiranya beliau berpuashati bahawa
keselamatan dan kehidupan
ekonomi
serta ketenteraman awamtergugat. Baginda juga boleh membuat undang-undang
walaupun undang-undang tersebut bertentangan dengan Perlembagaan.
CIRI-CIRI
PERLEMBAGAAN DI BRITAIN
Kita
akan pelajari secara ringkas tentang prinsip perlembagaan yang terpakai di
Britain. Adakah ianya sama dengan sistem yang menjadi amalan di negara kita.
Britain mangamalkan sistem Perlembagaan tidak bertulis. Salah satu
daripadaciri-ciri Perlembagaannya ialah ketertinggian Parlimen, berbeza dengan
di Malaysia. Prinsip ini mempunyai dua makna iaitu pertama; Ketertinggan kuasa
membuat undang-undang oleh Parlimen (Parliamentary Supremacy) dan yang kedua;
tanggungjawab pihak eksekutif kepada Parlimen (Responsibility Of Executive to
Parliament). Maksud Ketertinggian kuasa Parlimen membuat undang-undang ialah,
hanya Parlimen sahaja yang mempunyai
kuasa membuat undang-undang dan bukan badan-badan yang lain. Tidak wujud satu sekatan
ke atas kuasa Parlimen sebagai badan perundangan untuk membuat sebarang
undang-undang dengan tiada hadnya. Mahkamah sendiri tidak mempunyai kuasa untuk
mempersoalkan undangundang yang dibuat oleh Parlimen. Parlimen mempunyai kuasa untuk
mewakilkan kuasa perundangan kepada mana-mana badan tertentu. Ia Cuma tidak
boleh membuat undang-undang yang akan menghadkan kuasa Parlimen yang akan
datang.
Maksud
tanggungjawab eksekutif kepada Parlimen ialah, semua ahli kabinet adalah
bertanggungjawab bersama kepada Parlimen terhadap segala polisi atau dasar yang
dibuatnya. Lord Salisbury Pada tahun 1878 menyatakan: “….apa yang diluluskan
olesha haikal h Kabinet, setiap ahlinya yang tidak meletak jawatan adalah bertanggungjawab
secara
mutlak
dan tidak mempunyai hak kemudiannya untuk mengatakan bahawa dia bersetuju
terhadap kompromi pada satu kes, sementara di dalam kes lain dia telah dipujuk
oleh rakannya…..” Ini bermaksud setiap ahli seharusnya mempertahankan setiap keputusan
yang telah dicapai setelah keputusan tersebut dipersetujui dalam mesyuarat
kabinet. Ini adalah prinsip utama Jemaah Menteri kepada Parlimen. Pengertian
tanggung jawab bersama di Britain bermaksud:
(i) Perdana Menteri dan menteri-menteri adalah bertanggung
jawab bersama kepada Parlimen, terutama kepada House of Commons terhadap urusan
pentadbiran negara.
(ii) Jika Perdana Menteri meninggal dunia atau
meletak jawatan dan parti yang sama masih berkuasa, semua menteri adalah
tertakluk kepada Perdana Menteri baru.
(iii) Walaupun menteri-menteri adalah
bertanggungjawab secara individu kepada parlimen atau urusan jabatan
atau
kementerian masing-masing, konsep tanggungjawab bersama akan digunakan untuk membela menteri yang
lemah atau tidak popular.
(iv) Setiap menteri adalah bertanggungjawab sha haikal
terhadap segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan. Jika beliau tidak
bersetuju, beliau tidak boleh menunjukkan bangkangan atau kritikan di khalayak ramai
walaupun beliau boleh meminta bantahannya direkodkan dalam minit mesyuarat
Kabinet. Pengertian tanggung jawab bersama di Britain telah diterima pakai di negara
kita. Perlembagaan persekutuan sendiri telah memperuntukkan dengan jelas di
dalam Perkara 43(3) tentang konsep tanggungjawab bersama ataukolektif iaitu:
“Jemaah Menteri adalah bersesama bertanggungjawab kepada Parlimen”.
1.6 KESIMPULAN
Sebagai
kesimpulan, dapat kita katakan bahawa Undang-Undang Pentadbiran akan terus
berkembang dari masa kesemasa berdasarkan keperluan negara pada waktu tersebut.
Walaupun tidak ada satu definisi yang khusus berkenaan apakah itu Undang-Undang
Pentadbiran tetapi dengan merujuk kepada definisi-definisi yang diberikan oleh
ahli undang-undang dapat dijadikan garis panduan tentang skop Undang-Undang
Pentadbiran itu sendiri. Kepentingan untuk mengetahui Undang-Undang
Perlembagaan juga tidak di nafikan kerana terdapat pertalian yang rapat antara
kedua undangundang tersebut kerana ianya saling lengkap melengkapi antara satu sama
lain.
BIBLIOGRAFI
BIBLIOGRAFI
- 1. Ahmad Atory Hussain. (1996). Sistem pemerintahan dan pentadbiran Barat: Satu tinjauan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 2. Ahmad Ibrahim, & Ahilemah Joned. (1994). Sistem undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- 3. Ahmad, W.A., & Hingun. M. (1995). An introduction to adminstrative law. Singapore: FT Law & Tax.
- 4. Garner, J.F, & Jones, B.L. (1985). Garner’s administrative law.London: Butterworth.
- 5. Wade, H.W.R. (1988). Administrative law(6th ed.). England: Oxford University Press.
- 6. S.A, de Smith. (1980). Judicial review of administrative action (4th ed.). London: Stevens & Sons ltd.
- 7. Suffian Hashim (Tun). (1997). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
No comments:
Post a Comment