Badan-Badan Berkanun
Selepas
kementerian dan jabatan-jabatan, badan-badan berkanun merupakan agensi kerajaan yang
ditubuhkan dengan matlamat tertentu. Badan-badan
berkanun ditubuhkan oleh kerajaan mengikut akta-akta tertentu bagi melaksanakan
tugas-tugas khusus sejajar dengan objektif dan matlamat negara. Badan-badan
berkanun lebih dikenali sebagai perbadanan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk
mengambil alih tugas dan tanggungjawab fungsi jabatan-jabatan kerajaan tertentu
yang telah lama ditubuhkan (Malaysia, 1991: 594). Penubuhan badan berkanun atau
perbadanan membolehkan kerajaan melaksanakan sesuatu tanggungjawab khusus dan
penting. Sebagai contoh, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ditubuhkan bertujuan
untuk mengendalikan segala urusan berkaitan dengan cukai termasuklah
perkara-perkara seperti pendaftaran, pembayaran, urusan cukai, dan sebagai yang
bersangkut paut dengan cukai. Secara umumnya penubuhan badan-badan berkanun
mempunyai dua matlamat iaitu (ibid., 595):
(i)
Membolehkan kerajaan terlibat secara terus dengan bidangbidang tertentu yang
enggan atau tidak mampu diceburi oleh pihak swasta sebab masalah modal.
Penglibatan langsung kerajaan ini dapat menolong meningkatkan pembangunan sosioekonomi
negara; dan
(ii)
Membolehkan jentera pentadbiran bertindak secara lebih bebas daripada ikatan
peraturan-peraturan pentadbiran negara. Hal inimembolehkan perbadanan tersebut
bergerak lebih pantas seiringan dengan syarikat-syarikat swasta yang lain.
Penubuhan
perbadanan awam ini mempunyai beberapa faedah yang sangat penting kepada
kerajaan seperti (ibid., 595):
(i)
Memberi peluang kepada pihak kerajaan untuk
terlibat secara langsung dengan kegiatan ekonomi secara aktif;
(ii)
Memainkan kedua-dua peranan dalam sektor ekonomi
dan sosial.
Di
samping bertujuan memperolehi keuntungan, perbadanan awam juga dikehendaki
menyediakan berbagai-bagai kemudahan dan perkhidmatan kepada rakyat. Terdapat
dua jenis perbadanan awam yang ada di Malaysia iaitu
(i)
Badan-badan berkanun – agensi kerajaan yang
ditubuhkan di bawah undang-undang sama ada dibuat oleh Parlimen atau DUN.
Sehingga Jun 1991 terdapat 75 buah badan berkanun Persekutuan dan 85 buah badan
berkanun negeri; dan
(ii)
Badan-badan bukan berkanun – badan-badan yang
ditubuhkan di bawah Akta Syarikat.
Didapati
bahawa badan-badan berkanun adalah terikat kepada dasar dasar kerajaan sebab
semuanya (ibid., 595):
(i)
Ditubuhkan di bawah undang-undang yang dibuat
oleh Parlimen atau DUN masing-masing;
(ii)
Mempunyai lembaga pengarah yang terdiri daripada
orang yang dilantik oleh menteri yang bertanggungjawab terhadap badan tersebut;
dan
(iii)
Ahli-ahli lembaga pengarah bertanggungjawab
kepada menteri yang melantik mereka. Secara tidak langsung tindak-tanduk ahli ahli
lembaga pengarah adalah sejajar dengan kehendak kerajaan.
Berbanding
dengan badan-badan berkanun, badan-badan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat
adalah lebih bebas dalam menjalankan aktiviti-aktiviti mereka sejajar dengan
matlamat perbadanan perniagaan. Daripada penubuhan perbadanan (berkanun dan
bukan berkanun)—titik tolak kepada pengkorporatan dan seterusnya penswastaan
dalam sistem pentadbiran awam di negara ini. Pegawai tadbir utama PNUT HASSAN dalam
badan-badan berkanun (perbadanan awam) dikenali sebagai Pengurus Besar yang
bertanggungjawab mengurus dan mentadbir perbadanan awam mengikut objektif
korporatnya. Bagi melicinkan pentadbirannya, sesebuah perbadanan mempunyai bahagianbahagian
tertentu yang meliputi keseluruhan aspek pengurusan organisasi
yang sedia
ada.
No comments:
Post a Comment