Monday, 24 October 2016

SISTEM PEMIKIRAN MANUSIA



SISTEM PEMIKIRAN MANUSIA

Pemikiran adalah hasilan minda yang merupakan satu pemberian dan nikmat Allah kepada manusia. Pemikiranlah dikatakan antara aspek yang membeza manusia dengan kehidupan lain di dunia. Malah keupayaan  pemikiran juga telah menjadikan kita sesama manusia berlainan. Menurut Mohd. Yusof (1994),  pemikiran asas manusia boleh dikategorikan kepada empat atau dikenali sebagai 4L iaitu luhur, lahir, logik dan lateral.
Pemikiran luhur merupakan pemikiran yang tinggi tahapnya dan dikaitkan dengan minda yang membicarakan tentang ketuhanan. Luhur adalah pemikiran yang dianggap sebagai suci berdasarkan kepada aspek
ketauhidan (hal-hal ketuhanan), keimanan dan ketakwaan. Pemikiran luhur jika dibina dengan teguh pastinya mempengaruhi pemikiranpemikiran lain ke arah kebaikan. Sementara itu pemikiran lahir pula merujuk kepada keupayaan berfikir manusia ketika di peringkat Rahim hinggalah ke enam tahun. Pemikiran lahir jelas menunjukkan bahawa manusia pnut hassan telah dan boleh berfikir sejak awal lagi. Pemikiran di peringkat inilah dikatakan seterusnya mempengaruhi pemikiran seseorang apabila meningkat kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Di samping keupayaan manusia berfikir tentang ilmu-ilmu ketuhanan, Allah juga menganugerahkan manusia dengan dua lagi ilmu pemikiran untuk manusia hidup di dunia. Pemikiran logik merujuk kepada satu bentuk pemikiran yang membolehkan manusia mempelajari, memahami dan menjelaskan ilmu-ilmu sains dan matematik. Pemikiran logik ini merupakan pemikiran yang didasari di bahagian otak sebelah kiri
manusia. Logik memerlukan manusia untuk menyatakan bukti, hujah, fakta, alasan dan kebenaran. Manakala bagi pemikiran lateral pula ia mampu menghasilkan minda yang bersifat kreatif, inovatif, imaginasi, rekaan dan khayalan. Pemikiran ini yang didasari oleh otak sebelah kanan membolehkan manusia untuk melihat atau menilai sesuatu perkara secara subjektif berbanding dengan pemikiran logik bersifat objektif.
Berdasarkan kupasan di atas maka ia menjelaskan kepada kita bagaimana sistem pemikiran kita berfungsi. Oleh itu, tiga bentuk pemikiran yang bakal kita bincangkan dengan lebih lanjut merupakan pemikiran yang
dikategorikan dalam pemikiran logik dan lateral. Walau bagaimanapun, sebagai seorang insan, setiap  pemikiran logik mahupun lateral perlu PNUT HASSAN ditunjangi oleh pemikiran luhur. Kedua-dua pemikiran tersebut tidak
bersifat sendirian tetapi bergantungan dengan pemikiran luhur. Apabila pemikiran luhur itu diabaikan atau lemah, maka inilah yang menyebabkan idea atau pemikiran kita menghasilkan keburukan dan bencana kepada
masyarakat.
Sebagai contoh, keupayaan pemikiran manusia mencipta media massa umpamanya adalah satu kehebatan yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. Tetapi apabila pemikiran lateral yang digunakan tidak lagi
bertunjangkan pemikiran luhur, kita menjadi terlalu kreatif menghasilkan pelbagai filem yang melalaikan dan mencemarkan masyarakat. Orang politik dikurniakan pemikiran logik yang hebat oleh Tuhan namun apabila tidak bersandarkan pemikiran luhur maka cakapnya saja yang petah tetapi tindakannya kosong. Begitulah halnya dalam masyarakat kita hari ini, pelbagai idea dan produk yang menjejaskan masyarakat
dihasilkan. Kesemua ini berlaku akibat kelogikan dan kelateralan pemikiran manusia sudah tidak lagi bertunjangkan kepada pemikiran luhur. Dalam erti kata lain tindakan kita adalah hasil pemikiran lateral.
Sekiranya setiap pemikiran lateral dan tindakan kita tidak ditunjangi pemikiran luhur maka hasilnya adalah idea, produk atau tingkah laku yang bertentangan dengan ajaran agama.

No comments:

Post a Comment