Sunday, 11 February 2018

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
1.1  PENGENALAN

Undang-Undang Pentadbiran secara dasarnya adalah merupakan satu himpunan peraturan-peraturan yang dapat membentuk sebuah pentadbiran yang baik dan adil. Ia memastikan ketelusan serta konsep akauntabiliti atau tanggungjawab yang patut diamalkan di dalam proses pentadbiran sesebuah negara. Wujudnya Undang-Undang Pentadbiran menunjukkan kepada kita bahawa badan pentadbiran juga adalah tertakluk kepada kawalan undang-undang, terutama kawalan oleh badan kehakiman. UndangUndang Pentadbiran juga memberi penjelasan tentang kuasa-kuasa pentadbiran dalam setiap aspek pentadbiran. Sebagai contoh, jentera pentadbiran tertentu akan mengetahui adakah tindakan atau keputusan yang telah di ambil berada di dalam bidangkuasa mereka.
Cara ini dapat mengelak pentadbir tersebut dari melaksanakan perkara yang sha haikal bukan berada di dalam bidangkuasa yang diperuntukkan. Ini dapat mengelakkan dari berlakunya ultra-virus dalam pengurusan pentadbiran. Anda tentu dapat merasakan kepentingan Undang-Undang Pentadbiran di dalam sesebuah negara. Undang-Undang Pentadbiranini amat penting kepada semua pihak lebih-lebih lagi kepada rakyat di dalam sesebuah negara kerana hanya Undang-Undang Pentadbiran yang dapat menyelesaikan ketidakadilan yang berlaku di dalam negara tersebut. Antara sebabnya ialah amalan birokrasi dan kuasa budibicara yang luas telah diberikan kepada pihak
pentadbiran dalam melaksanakan tugas mereka.
Walaupun Undang-Undang Pentadbiran akan terus berkembang dari semasa ke semasa, semakan kehakiman terhadap tindakan pentadbiran ini juga akan terus berkembang seiring dengan perkembangan pesat yang berlaku di dalam aktiviti-aktiviti pentadbiran itu sendiri.

1.2  FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
Undang-Undang Pentadbiran telah berkembang dengan pesatnya dalam kurun ke-20 di negara-negara demokratik termasuklah di Malaysia sendiri. Perkembangan yang berlaku dikira agak lambat berbanding dengan perkembangan cabang perundangan lain. Perkembangan tersebut berlaku atas sebab keperluan dan bukan seperti Undang-Undang Perlembagaan yang berlaku atas satu gubalan. Pertumbuhan dan perkembangan tersebut berlaku dalam aspek kuantiti, kualiti dan kepentingan-kepentingan yang ada kaitan (relative significance) bersesuaian dengan peredaran masa dan zaman.
Contohnya, pemakaian atau aplikasi Prinsip Keadilan Asasi serta Remedi yang diperkenalkan pada abad ke-17 adalah terhad dan ia hanya giat di aplikasikan dalam sistem pentadbiran apabila Kerajaan menggubal polisi dengan melibatkan diri dalam urusan sosioekonomi rakyat. Di sinilah pentingnya Undang-Undang Pentadbiran kerana ia dapat mengawal tindakan serta perkembangan kuasa yang berlaku kepada pihak pentadbiran.
Kita akan lebih memahami Undang-Undang Pentadbiran apabila kita mengetahui apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan Undang-Undang Pentadbiran itu sendiri. Berikut merupakan faktor-faktor perkembangan Undang-Undang Pentadbiran (MP Jain,1997):

1.  Perkembangan dalam jentera, fungsi dan kuasa pihak pentadbiran
Kerajaan mana-mana negara pun tidak akan teragak-agak untuk mendapatkan lebih kuasa bagi mempertahankan negara disebabkan adanya ancaman dari dalam atau luar negara yang boleh mengancam keselamatan negara. Selalunya pihak pemerintah akan menggunakan undang-undang untuk tujuan tersebut. Kuasa-kuasa yang diperuntukkan undang-undang tertentu mengekalkan keamanan dan menjamin ketenteraman di dalam negara lebih-lebih lagi dalam mengawal sesuatu yang di luar jangkaan. Bagi mengatasi keadaan serta ancaman tersebut kuasa-kuasa yang diperolehi boleh menyebabkan berlakunya perkembangan dalam jentera, fungsi serta
kuasa pihak pentadbiran.
Sebagai contoh, keadaan kacau bilau yang berlaku pada tahun 60- an menyebabkan kerajaan menggubal Undang-Undang Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Malaysia dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 sebagai langkah keselamatan. Undang-undang ini memberi kuasa budibicara kepada pemerintah untuk menghalang kebebasan asasi seseorang serta membolehkan kerajaan menahan seseorang tanpa bicara dalam tempoh tertentu bagi mengekalkan keamanan dalam negara.

2. Perubahan di dalam peranan dan fungsi negara
Dalam abad ke-19, negara lebih menumpukan tentang keselamatan dari ancaman luar, bagaimana mengekalkan keamanan, bertindak adil dalam sebarang tindakan atau pertikaian peribadi yang dikemukakan oleh mana-mana individu serta kutipan cukai untuk mengendalikan urusan asas mereka. Aktiviti ekonomi dikendalikan mengikut prinsip ‘laissez faire’atau ‘free enterprise’. Ia lebih menekankan prinsip ‘individualism’, ‘individual enterprise’ dan ‘self- help’. Falsafah ini akhirnya memberi kesan negatif terhadap kebajikan orang ramai dan kebanyakan rakyat tidak berpuas hati kerana ia hanya menguntungkan pihak yang berada dan sha haikal berkemampuan. Atas sebab di atas negara telah mula berubah dan memainkan peranan aktif dalam aktiviti ekonomi dengan mewujudkan falsafah‘state collectivism’. Falsafah ini merupakan asas kepada sesebuah kerajaan yang berbentuk ‘social welfare state’.

3.  Perspektif baru pentadbiran negara moden memerlukan penglibatan negara secara positif dalam semua aspek
kehidupan rakyat dan menguruskan kehendak sosioekonomi rakyat Kerajaan sekarang lebih terlibat dalam semua aspek kehidupan rakyat. Penglibatan ini merupakan instrumen untuk memperkembangkan lagi kebajikan sosio-ekonomi rakyat sendiri seperti dalam memberi kemudahan awam, membina jalanraya, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan kebajikan dan moral rakyat serta menyediakan kemudahan infrastruktur atau fasiliti dalam perkhidmatan pelajaran. Dalam memperkatakan tentang negara moden, Friedman dalam bukunya ‘The Rule of law and The Welfare State’membahagikan fungsi kerajaan moden kepada lima bahagian, iaitu

(i)  Negara sebagai pelindung (protector)- Bermaksud untuk melindungi dan mempertahankan negara dari
ancaman musuh luar dan dalam negara.
(ii)  Negara sebagai penyumbang (provider)- melaksanakan konsep ‘social welfare  state’  iaitu memastikan supaya semua orang menikmati sekurang-kurangnya taraf minima dalam kehidupan dengan memberi perkhidmatan sosial dan kebajikan kepada rakyat. Contohnya sumbangan berbentuk pencen kepada pesara dan juga perkhidmatan kesihatan atau perubatan.
(iii)  Negara sebagai pengawal (regulator)-  Bermaksud negara bertindak mengawal beberapa aktiviti masyarakat seperti pembangunan dan perancangan Bandar atau kampung dan mengawal persekitaran.
(iv)  Negara sebagai pengusaha (entrepreneur)- Bermaksud negara terlibat dalam beberapa aktiviti komersial dengan mewujudkan perbadanan tertentu.
(v)  Negara sebagai pengadil (umpire)-  Bermaksud negara mengadili kepentingan mana-mana sektor yang bersaing dalam masyarakat dengan adil dan saksama.

4.  Penglibatan negara secara aktif untuk memperbaiki moral, fizikal dan aktiviti sosio-ekonomi menambahkan fungsinya Fungsi yang semakin luas memerlukan tiga badan utama kerajaan, iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman diberi lebih kuasa. Penggubalan undang-undang yang banyak bagi membolehkan negara melaksanakan fungsinya boleh membawa kepada banyak pertikaian. Badan Kehakiman juga tidak dapat menyelesaikan pertikaian yang terjadi. Disebabkan itulah badan separa kehakiman diperlukan  untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut. Penyerahan tugas-tugas  oleh badan separa kehakiman bermaksud perlaksanaan atau  pengambil alihan kuasa oleh peringkat pentadbiran dalam  melaksanakan fungsi yang semakin bertambah.  Oleh kerana itulah wujudnya Perundangan Kecil, Tribunal dan juga  beberapa Perbadanan Awam bagi memenuhi fungsi-fungsi negara yang semakin berkembang.

5.  Perluasan kuasa pihak pentadbiran : Ia tidak dapat dielakkan kerana kebanyakan masalah sosio-ekonomi yang kompleks memerlukan penyelesaian segera, ringkas, terbaik dan praktikal. Penyelesaian ini tidak dapat dilaksanakan melalui proses biasa oleh badan perundangan dan kehakiman. Badan Perundangan tidak mempunyai cukup masa, teknik dan kepakaran bagi menyelesaikan segala masalah yang timbul secara terperinci dan segera kerana ia harus mengikut polisi-polisi tertentu yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan badan kehakiman yang mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan sesuatu kes. Ia harus mengikut prosedur formal mahkamah dan memerlukan kos yang tinggi. Pentadbiran moden perlu lebih dinamik. Ia memerlukan pengetahuan teknikal, ujian yang berterusan serta penyesuaian yang lebih terperinci. Bagi memenuhi keperluan di atas, tugas-tugas tersebut dirasakan dapat dilaksanakan hanya oleh badan pentadbiran. Badan pentadbiran dapat menyelesaikan masalah dalam keadaan semasa dengan mengutarakan teknik-teknik, prosedur dan instrumen yang baru. Mereka juga dapat bertindak dengan cepattanpa melalui prosedur formal seperti di mahkamah. Khidmat pakar serta memperolehi teknik serta pengetahuan dalam bidang pengkhususan tertentu juga dapat disediakan oleh pihak pentadbiran.

6.  Wujudnya pelbagai fungsi atau jentera pentadbiran untuk menjalankan fungsi negara
Kepelbagaian fungsi negara telah mewujudkan pelbagai badan atau jentera pentadbiran seperti Suruhanjaya, Tribunal, Lembaga, jabatan, direktorat dan sebagainya bagi melaksanakan fungsi-fungsi tersebut.

7.  Keperluan untuk mengawal kuasa supaya tidak disalahguna
‘State activism’telah menyebabkan timbulnya empayar baru bagi kuasa birokrat. Telah wujud hubungan kompleks antara individu dan pihak pentadbiran. Perlaksanaan kuasa budibicara oleh pihak eksekutif memberi kesan terhadap hak, kebebasan dan harta individu. Oleh kerana itu perlulahada kawalan terhadap tindakan pihak pentadbiran bagi mengelakkan salah guna kuasa di dalam melaksanakan tugas mereka sehingga boleh menjejaskan hak atau kebebasan seseorang. Locke pernah berkata dalam kurun ke-17:sha haikal 
“ Wherever law ends, tyranny begins.”
Di sinilah Undang-Undang Pentadbiran boleh memastikan agar sebarang keputusan dan tindakan yang diambil berlandaskan undang-undang. Kita juga boleh katakan di sini Undang-Undang Pentadbiran ialah undang-undang mengenai kawalan kuasa kerajaan seperti apa yang diperkatakan oleh Wade (Administrative Law, 1994):
“  A first approximation to a definition of  administrative law is to say that it is the law relating to the control of governmental power. This, at any rate, is the heart of the subject.”
Wade seterusnya berkata: “The primary purpose of administrative law, therefore, is to keep thepowers of government within their legal bounds, so as to protect the citizen against their abuse. The powerful engines of authority must be prevented from running amok….Abuse is therefore inevitable, and it is all the more necessary that the law should provide means to check it….Subject as it is to the vast empires of executive power that have been created, the public must be able to rely on the law to ensure that all this power may be used in a way conformable to its ideas of fair dealing and good administration.”

8.  Keperluan untuk mengimbangi hak-hak individu dan tuntutan pentadbiran Dalam konteks ini Undang-Undang Pentadbiran perlu memperseimbangkan antara tuntutan hak individu (private right) dan kebajikan orang awam (public good). Hal ini telah diperjelaskan lagi oleh Griffith and Street (Principle of Administrative Law, 1973):
“Administrative law poses that most important problem of our time: the relationship between public power and personal right. We are concerned, then, not merely with the powers and processes of the administration, but withthe controls of the administration, legal and political, without which that essential balance between individual liberty and public good is impossible.”

9.  Menentukan keperluan dan tindakan kerajaan adalah mengikut landasan undang-undang Dalam sistem pentadbiran sesebuah negara demokratik sekarang ini, cara kawalan dan pengurusan kuasa kerajaan merupakan satu masalah besar yang prlu diberi perhatian. Dalam hal ini UndangUndang Pentadbiran memainkan peranan penting bagi memastikan agar keperluan dan tindakan kerajaan tidak terkeluar dari landasan undang-undang. Undang-Undang Pentadbiran juga perlu mewujudkan mekanisma kawalan yang lengkap bagi memeriksasama ada wujud penyalahgunaan kuasa tanpa mengganggu kelancaran urusan kuasa mereka.

DEFINISI UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
Tidak ada satu definisi yang lengkap dan memuaskan yang dapat kita ambil bagi menggambarkan apakah itu Undang-Undang Pentadbiran. Kita hanya dapat mengetahuinya apabila mengkaji beberapa definisi yang diberikan oleh ahli ilmuan undang-undang sendiri. Menurut Davis, seorang ahli falsafah Amerika, Undang-Undang Pentadbiran ialah undang-undang berkaitan dengan kuasa dan peraturan agensi pentadbiran terutama undang-undang mengenai semakan semula kehakiman terhadap tindakan pentadbiran (judicial review of administrative action). Agensi pentadbiran kecuali badan perundangan dan badan kehakiman di kira sebagai pihak berkuasa kerajaan dan tindakan mereka boleh memberi kesan kepada orang awam melalui proses membuat peraturan atau penghakiman. Penjawat awam yang mempunyai peranan dalam Pentadbiran Awam atau yang sha haikal mengendalikan masalah yang tiada kaitan dengan penghakiman atau membuat undang-undang tidak termasuk dalam skop Undang-Undang Pentadbiran. Davis memberikan lebih penekanan kepada proses pentadbiran itu sendiri atau kuasa insidental seperti pengawasan, pendakwaan, penyiasatan, penasihatan dan perisytiharan. Kelemahan definisi Davis ialah, penekanan cuma diberikan kepada kuasa perundangan deligasi (delegated legislation) dan penghakiman (adjudication). Davis tidak menyentuh tentang kuasa budibicara yang dimiliki pihak pentadbiran. Beliau Cuma menekankan tentang kawalan kehakiman terhadap tindakan pentadbiran tanpa menyentuh kawalan-kawalan lain seperti kawalan oleh badan perundangan, kawalan melalui Tribunal serta rayuan oleh pihak pentadbiran. Di England, menurut Professor Dicey, Undang-Undang Pentadbiran ialah undang-undang mengenai sistem perundangan negara yang menentukan perkara berikut:
(i)  Status undang-undang dan tanggungjawab semua pegawai kerajaan;
(ii)  Menentukan hak dan tanggungan individu dalam berurusan dengan pegawai-pegawai awam; dan
(iii)  Memperuntukkan prosidur bagaimana hak dan tanggungan tersebut harus dilaksanakan.

Kelemahan definisi Dicey ialah beliau meletakkan Undang-Undang Pentadbiran dalam skop yang amat sempit dan terbatas. Beliau mengeluarkan banyak aspek yang patut ada pada jentera pentadbiran moden seperti perbadanan awam dari skop Undang-Undang Pentadbiran. Dicey cuma menekankan kepada permasalahan kawalan kehakiman terhadap penjawat awam tanpa mengambil kira mekanisma kawalan yang lain yang boleh digunaan untuk mengawal kuasa pentadbiran. Pendekatan moden British terhadap Undang-Undang Pentadbiran dijelaskan dalam definisi yang diberikan oleh Jennings. Beliau menyatakan bahawa Undang-Undang Pentadbiran adalah undangundang berkaitan pentadbiran yangakan menentukan organisasi, kuasa dan tanggungjawab pihak berkuasa pentadbiran. Tafsiran yang di buat oleh Jennings terlalu luas. Kritikan pada tafsiran beliau terbahagi kepada dua, iaitu
(i)                  Tafsiran yang luas itu tidak dapat membezakan antara Undang-Undang Pentadbiran dengan UndangUndang Perlembagaan kerana Undang-Undang Perlembagaan menyentuh mengenai organisasi pihak berkuasa pentadbiran; dan
(ii)                (ii)  Tafsiran beliau juga menyentuh Undang-Undang substantif apabila menentukan sama ada tindakan pentadbiran sah atau tidak.
Seterusnya menurut Wade & Philips, Undang-Undang Pentadbiran ialah cabang Undang-Undang Awam (public law) yang menyentuh tentang komposisi, kuasa, tanggungjawab, hak-hak dan tanggungan badan kerajaan yang terlibat dalam pentadbiran. Menurut Wade, Undang-Undang Pentadbiran adalahberkenaan dengan kuasa pihak berkuasa awam khususnya cara perlaksanaan kuasa tersebut. Definisi ini menekankan tentang kuasa sahaja. Objektif utamanya ialah melindungi rakyat dari salah guna kuasa oleh pihak pentadbiran. M.P. Jain (Administrative Law of Malaysia and Singapore, 1997) menggariskan empat perkara di dalam membincangkan skop atau kandungan undang-undang Pentadbiran. Undang-Undang Pentadbiran adalah undang-undang mengenai

(i)  Struktur, kuasa dan fungsi badan pentadbiran - Ia berkaitan dengan penyusunan dan kuasa badan pentadbiran. Maksud badan pentadbir di sini adalah termasuk semua jenis badan pentadbiran atau pihak berkuasa awam.
(ii)  Had kuasa badan pentadbiran. Had kuada tersebut sama ada secara nyata atau tersirat - Kuasa nyata diperuntukkan di dalam Statut atau mana-mana Akta yang berkaitan. Manakala kuasa tersirat pula datang dari hasil tafsiran mahkamah dalam membuat keputusan.
(iii)  Cara dan prosidur yang diikuti dalam melaksanakan kuasa dan fungsi badan pentadbiran - Prosedur pentadbiran yang adil adalah satu cara untuk mengurangkan berlakunya salah guna kuasa budibicara yang diberi kepada pihak pentadbir.
(iv)  Cara bagaimana kuasa tersebut dikawal termasuklah remedi kepada sesiapa yang merasakan haknya telah
dicerobohi - Selain dari kawalan kehakiman, kawalan lain juga diperaktikkanseperti kawalan dalaman sesebuah organisasi termasuklah pengolahan satu prosidur yang adil bagi mengurangkan salah guna kuasa oleh pentadbir.

Kawalan-kalawan lain adalah sha haikal seperti Ombudsman, Tribunal dan sebagainya. Berdasarkan kepada definisi-definisi yang telah kita pelajari, jelas di sini bahawa tidak ada satu definisi lengkap dan memuaskan untuk menerangkan apakah itu Undang-Undang Pentadbiran. Tetapi dengan mengetahui definisi-definisi tadi dapat memberikan gambaran atau skop tentang apakah yang dimaksudkan dengan Undang-Undang Pentadbiran. Secara ringkasnya dapat kita rumuskan bahawa Undang-Undang Pentadbiran adalah undang-undang yang menentukan organisasi,
kuasa serta tanggungjawab pihak berkuasa pentadbiran termasuklah perlaksanaan dan kawalan kuasa-kuasa kerajaan.

1.4  UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN
Dalam membincangkan tentang Undang-Undang Pentadbiran, kita juga tidak dapat lari dari mengetahui beberapa aspek yang terkandung di dalam Undang-Undang Perlembagaan. Ini kerana Undang-Undang Perlembagaan merupakan antara sumber UndangUndang Pentadbiran; selain dari Undang-Undang Kes (Case Law), konvensyen seperti keputusan kabinet, arahan menteri, surat pekeliling, ucapan menteri dan terakhir pandangan dan pendapat penulis buku-buku teks bagi Undang-Undang Pentadbiran atau Undang-Undang Perlembagaan. Secara umumnya sumber UndangUndang Pentadbiran mengandungi semua undang-undang dan prinsip-prinsip yang mengurus dan menguasai hal-ehwal pentadbiran negara. Terdapat hubungan yang rapat antara Undang-Undang Perlembagaan dengan Undang-Undang Pentadbiran di negara kita kerana keduanya adalah sebahagian dari Undang-Undang Awam (Public Law)  dan berurusan dengan kuasa-kuasa dan fungsi-fungsi kerajaan. Keduanya juga bertujuan untuk membahagi dan mengawal kuasa di dalam negara. Perbezaan secara praktikal antara kedua-dua cabang Undang-Undang Awam tersebut adalah seperti berikut; Undang-Undang Perlembagaan berurusan khususnya keatas struktur, organisasi, kuasa dan fungsi tiga badan utama kerajaan iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman serta hubungkait antaranya. Manakala Undang-Undang Pentadbiran merujuk khususnya kepada operasi atau perlaksanaan pentadbiran secara individu iaitu perlaksanaan kuasa oleh pihak berkuasa pentadbiran. Beberapa prinsip Undang-Undang Pentadbiran boleh di dapati di dalam Undang-Undang Perlembagaan. Sebagai contoh Perkara 135(2) memperuntukkan bahawa tiada seseorang anggota mana-mana perkhidmatan boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat dengan
tidak diberi peluang yang menasabah untuk mendengar. Di sini prinsip keadilan asasi iaitu hak untuk di dengar adalah terpakai. Oleh kerana itu kita perlu juga mengetahui tentang Undang-Undang Perlembagaan untuk kita lebih menghargai dan memahami UndangUndang Pentadbiran memandangkan keduanya mempunyai perkaitan yang erat serta saling melengkapi antara satu sama lain. 1.4.1  Definisi Undang-Undang Perlembagaan Mengikut Kamus Undang-Undang Oxford, Perlembagaan bermaksud peraturan-peraturan dan amalan-amalan yang menentukan corak dan fungsi organ-organ kerajaan dalam sesebuah negara. Hakim Tun Suffian Hashim (Mengenal Perlembagaan Malaysia, 1997) memberi definisi Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada sistem kerajaan dan sistem undang-undang. Tafsiran ini khusus kepada perlembagaan Persekutuan Malaysia sahaja kerana pada umumnya Perlembagaan tidak semestinya merupakan undang-undang yang tertinggi bagi negara-negara lain. Menurut Wade & Bradley (Constitutional and administrative Law, 1985) ada dua tafsiran kepada perlembagaan, iaitu
(i)  Pertama; satu dokumen yang mempunyai kesucian undang-undang yang menurunkan rangka dan fungsi utama bedan-badan kerajaan di dalam sesebuah negara dan mengisytiharkan prinsip-prinsip yang harus diikuti oleh badan-badan tersebut.
(ii)  Kedua; Keseluruhan sistem kerajaan sha haikal sesebuah negara, koleksi peraturan yang mewujud dan menyelaras atau
memerintah kerajaan.

Menurut Tun Salleh Abas pula (Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia, 1997). Perlembagaan adalah suatu suratan yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang dianggap mustahak bagi mewujudkan sesebuahnegara moden. Tafsiran ini lebih menjurus kepada Perlembagaan bertulis.

1.4.2  Undang-Undang Perlembagaan di Malaysia Malaysia mengamalkan sistem Perlembagaan bertulis. Ia merupkan satu dokumen bertulis yang formal dan dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia menurunkan struktur dan prinsipprinsip yang harus diikuti oleh badan-badan utama kerajaan iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Di dalam Bab 3 Bahagian 4, Perlembagaan Persekutuan menurunkan kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepadamana-mana Undang-Undang Persekutuan dan kuasa itu dijalankan olehnya atau oleh Jemaah menteri atau mana-mana menteri, tetapi Parlimen dengan undang-undang boleh memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain. Dalam Bab 4 Bahagian 4, Perlembagaan menurunkan kuasa perundangan Persekutuan kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlisyang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dalam Bahagian 9, Perlembagaan Persekutuan menurunkan kuasa
kehakiman bagi Persekutuan kepada dua Mahkamah Tinggi, iaitu satu di Semenanjung Malaysia dan satu lagi di Sabah dan Sarawak serta mana-mana mahkamah bawahan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Persekutuan.

1.4.3  Sistem Kerajaan Malaysia
Malaysia mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan serta Demokrasi Berparlimen. Berdasarkan peruntukkan dalam Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan, Malaysia mengamalkan Doktrin Ketertinggian Perlembagaan atau ‘Supremacy of The Constitution’dan bukan Ketertinggian Parlimen. Ini bermaksud Parlimen di Malaysia masih tertakluk kepada Perlembagaan dan hanya boleh membuat dan meminda undang-undang menurut bidang kuasa yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan. Sekiranya undang-undang yang diluluskan oleh parlimen bertentangan dengan Perlembagaan, undang-undang itu dianggap sebagai tidak sah. Manakala berdasarkan Perkara 162, undang-undang yang sedia ada hendaklah terus berkuatkuasa pada dan selepas hari Merdeka dengan dibuat pengubahsuaian sehinggalah dimansuhkan atau dibatalkan oleh pihak yang berkuasa berbuat demikian.
Sepertimana yang diperuntukkan dalam Perkara 1(1) Perlembagaan Malaysia, Sistem Kerajaan Malaysia berbentuk Persekutuan di mana kuasa pemerintah dan perundangan dibahagikan antara Persekutuan dengan Dewan Undangan Negeri. Bahagian 6 Perlembagaan Persekutuan memperjelaskan kepada kita tentang perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri. Perkara 73 menetapkan had Undang-Undang Persekutuan dan Negeri di mana kuasa diberi oleh Perlembagaan kepada Parlimenuntuk membuat undang-undang bagi seluruh atau mana-mana bahagian Persekutuan dan juga undang-undang yang berkuatkuasa luar serta dalam Persekutuan. Manakala bagi Badan perundangan Negeri, ia boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau manamana bahagian negeri itu. Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai mana-mana perkara yang disebutkan dalam Senarai Persekutuan (Senarai Pertama) atau Senarai Bersama (Senarai Kedua) dan Badan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang seperti yang di sebut di dalam Senarai Negeri (Senarai Kedua) dan Senarai Bersama (Senarai Ketiga). Kesemua senarai tersebut dinyatakan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 75 pula memperuntukkan tentang kelebihan kuasa bagi Persekutuan, iaitu sekiranya terdapat sha haikal pertentangan antara UndangUndang Persekutuan dan Undang-Undang Negeri, maka UndangUndang Persekutuan yang akan terpakai dan berkuatkuasa. Dalam kes George Town City Council VGovernment of State of Penang (1967) 1MLJ169, mahkamah memutuskan bahawa undangundang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri yang bertentangan dengan Undang-Undang Persekutuan adalah tidak sah setakat mana ia bertentangan. Seterusnya Perkara 128 memberi kuasa hanya kepada Mahkamah Persekutuan untuk menentukan bidangkuasa parlimen dan Badan perundangan Negeri dalam membuat undang-undang agar tidak terbatal dan juga tentang pertikaian mengenai apa-apa soal lain antara Negeri-negeri atau di antara Persekutuan dengan mana-mana negeri. Walaupun sistem kerajaan kita memperuntukkan tentang ketertinggian Perlembagaan seperti dalam perkara 4(1), akan tetapi dalam keadaan tertentu Parlimendiberi kuasa untuk membuat undang-undang walaupun ianya bertentangan dengan Perlembagaan. Sebagai contoh apabila darurat diisytiharkan oleh YDPA di bawah Perkara 150 Perlembagaan Malaysia. Dalam hal ini kuasa yang luas diperuntukkan bagi membolehkan YDPA mangisytiharkan Darurat sekiranya beliau berpuashati bahawa keselamatan dan kehidupan
ekonomi serta ketenteraman awamtergugat. Baginda juga boleh membuat undang-undang walaupun undang-undang tersebut bertentangan dengan Perlembagaan.
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN DI BRITAIN
Kita akan pelajari secara ringkas tentang prinsip perlembagaan yang terpakai di Britain. Adakah ianya sama dengan sistem yang menjadi amalan di negara kita. Britain mangamalkan sistem Perlembagaan tidak bertulis. Salah satu daripadaciri-ciri Perlembagaannya ialah ketertinggian Parlimen, berbeza dengan di Malaysia. Prinsip ini mempunyai dua makna iaitu pertama; Ketertinggan kuasa membuat undang-undang oleh Parlimen (Parliamentary Supremacy) dan yang kedua; tanggungjawab pihak eksekutif kepada Parlimen (Responsibility Of Executive to Parliament). Maksud Ketertinggian kuasa Parlimen membuat undang-undang ialah, hanya Parlimen sahaja  yang mempunyai kuasa membuat undang-undang dan bukan badan-badan yang lain. Tidak wujud satu sekatan ke atas kuasa Parlimen sebagai badan perundangan untuk membuat sebarang undang-undang dengan tiada hadnya. Mahkamah sendiri tidak mempunyai kuasa untuk mempersoalkan undangundang yang dibuat oleh Parlimen. Parlimen mempunyai kuasa untuk mewakilkan kuasa perundangan kepada mana-mana badan tertentu. Ia Cuma tidak boleh membuat undang-undang yang akan menghadkan kuasa Parlimen yang akan datang.
Maksud tanggungjawab eksekutif kepada Parlimen ialah, semua ahli kabinet adalah bertanggungjawab bersama kepada Parlimen terhadap segala polisi atau dasar yang dibuatnya. Lord Salisbury Pada tahun 1878 menyatakan: “….apa yang diluluskan olesha haikal h Kabinet, setiap ahlinya yang tidak meletak jawatan adalah bertanggungjawab secara
mutlak dan tidak mempunyai hak kemudiannya untuk mengatakan bahawa dia bersetuju terhadap kompromi pada satu kes, sementara di dalam kes lain dia telah dipujuk oleh rakannya…..” Ini bermaksud setiap ahli seharusnya mempertahankan setiap keputusan yang telah dicapai setelah keputusan tersebut dipersetujui dalam mesyuarat kabinet. Ini adalah prinsip utama Jemaah Menteri kepada Parlimen. Pengertian tanggung jawab bersama di Britain bermaksud:

(i)  Perdana Menteri dan menteri-menteri adalah bertanggung jawab bersama kepada Parlimen, terutama kepada House of Commons terhadap urusan pentadbiran negara.
(ii)  Jika Perdana Menteri meninggal dunia atau meletak jawatan dan parti yang sama masih berkuasa, semua menteri adalah tertakluk kepada Perdana Menteri baru.
(iii)  Walaupun menteri-menteri adalah bertanggungjawab secara individu kepada parlimen atau urusan jabatan
atau kementerian masing-masing, konsep tanggungjawab bersama  akan digunakan untuk membela menteri yang lemah atau tidak popular.
(iv)  Setiap menteri adalah bertanggungjawab sha haikal
terhadap segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan. Jika beliau tidak bersetuju, beliau tidak boleh menunjukkan bangkangan atau kritikan di khalayak ramai walaupun beliau boleh meminta bantahannya direkodkan dalam minit mesyuarat Kabinet. Pengertian tanggung jawab bersama di Britain telah diterima pakai di negara kita. Perlembagaan persekutuan sendiri telah memperuntukkan dengan jelas di dalam Perkara 43(3) tentang konsep tanggungjawab bersama ataukolektif iaitu: “Jemaah Menteri adalah bersesama bertanggungjawab kepada Parlimen”.

1.6  KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, dapat kita katakan bahawa Undang-Undang Pentadbiran akan terus berkembang dari masa kesemasa berdasarkan keperluan negara pada waktu tersebut. Walaupun tidak ada satu definisi yang khusus berkenaan apakah itu Undang-Undang Pentadbiran tetapi dengan merujuk kepada definisi-definisi yang diberikan oleh ahli undang-undang dapat dijadikan garis panduan tentang skop Undang-Undang Pentadbiran itu sendiri. Kepentingan untuk mengetahui Undang-Undang Perlembagaan juga tidak di nafikan kerana terdapat pertalian yang rapat antara kedua undangundang tersebut kerana ianya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

BIBLIOGRAFI
  • 1.       Ahmad Atory Hussain. (1996). Sistem pemerintahan dan pentadbiran Barat: Satu tinjauan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 2.       Ahmad Ibrahim, & Ahilemah Joned. (1994). Sistem undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 3.       Ahmad, W.A., & Hingun. M. (1995). An introduction to adminstrative law. Singapore: FT Law & Tax.
  • 4.       Garner, J.F, & Jones, B.L. (1985). Garner’s administrative law.London: Butterworth.
  • 5.       Wade, H.W.R. (1988). Administrative law(6th ed.). England: Oxford University Press.
  • 6.       S.A, de Smith. (1980). Judicial review of administrative action (4th ed.). London: Stevens & Sons ltd.
  • 7.       Suffian Hashim (Tun). (1997). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thursday, 18 January 2018

Kisah seorang lelaki meminta TOLONG bomoh untuk melingkupkan perniagaan sebuah kedai makan…Namun apabila diberitahu nama kedai makan itu,bomoh tu terus naik angin…. !

Kisah Seorang Lelaki Minta Bomoh Melingkupkan Perniagaan Sebuah Kedai Makan… Namun Apabila Diberitahu Nama Kedai Makan Tu, Bomoh tu Terus Naik Angin!… Ikuti Kisahnya yang Pasti Buat Anda Tergamam!… Sebuah kisah antara saya dan bomoh….sekadar untuk menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini…. Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain.

Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan orang lain hancur….nauzubillah… Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan
perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan
bomoh handal tersebut.
saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap
hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai…
bomoh itu mendengar dengan
teliti sambil mengangguk-angguk kepala.
(aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal)
saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula.
bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya.
‘anak ini berniaga kah?’
saya menjawab: tidak. saya hanya…….
mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.
‘biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan
perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat
untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?’
Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan
ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya
mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih
pula kepada kedai-kedai kecil ini.
bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar. ‘baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-brang ini’
lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi.
‘sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja
sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup.
saya: ada…nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat…
‘bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan
ini?’ tanya bomoh tadi.
saya: er..Mcdonald dan KFC……

Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang
dengan saya. katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab.
‘Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di
luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih angin ke kedai lain….(dalam hati saya tertawa besar)

Monday, 18 December 2017

PENGENALAN KEPADA STATISTIK SAINS SOSIAL

1.1 PENGENALAN

Melalui penelitian dan pemerhatian terhadap segala kejadian yang terdapat di sekeliling dan persekitaran kita, kita perlu menyedari bahawa sesungguhnya Tuhan telah menjadikan berbagai-bagai bentuk kejadian di dunia ini. Tambahan pula kepelbagaian kejadian ini, daripada yang sekecil-kecilnya sehinggalah yang sebesar-besarnya, samaada secara sedar atau tidak, wujud dalam kehidupan manusia dan persekitarannya. Lihatlah pelbagai jenis dan rupa tumbuh-tumbuhan yang dijadikan Tuhan, daripada yang tumbuh melata di bumi hinggalah kepada tumbuh-tumbuhan yang gagah berdiri.
Kesemua kejadian ini sebenarnya berguna kepada mereka yang ingin mengetahui, menyelidik dan seterusnya menganalisisnya. Tingkah laku manusia, sama ada yangterlahir dan dapat dilihat ataupun
tingkah laku yang terpendam, sudah tentu dipengaruhi dan ditentukan oleh sesuatu yang lain. Oleh sebab itu, kita sering memikirkan bahawa dalam banyak keadaan, sesuatu tingkah  laku secara umumnya mempunyai hubungan dengan tingkah laku yang lain. Begitu juga halnya dengan perkaraperkara lain. Ia mempunyai jalinan hubungan dengan benda yang lain pula.
Keadaan inilah yang menjadi tumpuan dan minat ahli statistik untuk cuba menguji dan memperihalkan kepelbagaian, keseragaman dan saling berhubungan antara tingkah laku manusia, kejadian dan objek yang terdapat dalam persekitaran kehidupan manusia.

1.2 ANALISIS STATISTIK

Untuk membolehkan kita menguji dan memperihalkan kepelbagaian kejadian dan tingkah laku yang dilihat dan dialami, ahli ilmu telah mencipta satu sistem pemerihalan dengan menggunakan data dan maklumat. Data dan maklumat yang diperoleh diterjemahkan atau ditukar ke bentuk angka atau nombor. Angka digunakan kerana manusia diandaikan sering berhadapan dan menggunakan nombor dalam kebanyakan aktiviti hidupnya. Sebagai contoh, seorang pelajar  beragama Islam yang mempunyai pengurusan masa yang baik sudah tentu menetapkan aktiviti hariannya mengikut waktu-waktu yang telah dirancang. Dia telah menetapkan waktu bangun tidurnya pada pukul 5.30 pagi untuk membuat persiapan sembahyang subuh yang biasa dilakukan dalam lingkungan pukul 6.00 pagi.
Selepas itu, dia memperuntukkan pula masa selama 1 jam 15 minit untuk mengulang kaji pelajaran mulai jam 6.15 pagi hingga 7.30 pagi. Dia melakukan perbuatan dan tingkah laku ini kerana menyedari bahawa waktu selepas subuh ialah waktu yang mendatangkan barakah. Aktiviti harian seterusnya berjalan mengikut jadual masa yang telah ditetapkan.
Wang biasiswa atau pinjaman yang diperolehnya diagihkan mengikut keperluannya sebagai seorang pelajar. Misalnya dia memperuntukkan 30 dan 40 peratus untuk tujuan pengajian dan pembelajaran. Sebanyak 35 hingga 40 peratus diperuntukkan bagi keperluan makanan dan hariannya manakala
sebanyak 10 hingga 15 peratus sahaja diperuntukkan untuk membeli pakaian. Dia bertekad dan berazam untuk tidak membuat sebarang peruntukan kepada aktiviti berfoya-foya dan berpesta. Statistik merupakan suatu teknik, metode, tatacara dan sistem untuk meneliti, menganalisis, memahami dan seterusnya memperihalkan contoh dan maklumat yang diberikan di atas. Analisis statistik yang dibincangkan di dalam modul ini merupakan teknik dan metode untuk memahami data,
meringkaskannya, membuat analisis dan seterusnya memperihalkan pelbagai jenis data yang diperoleh dalam bentuk yang mudah difahami. Perkataan statistik kadangkala merujuk kepada sesuatu angka yang boleh menggambarkan kumpulan data dan maklumat.
1.3 STATISTIK DALAM PENYELIDIKAN
Penyelidikan seharusnya dibuat secara sistematik, empiris dan saintifik. Untuk mencapai matlamat tersebut, penyelidik sepatutnya mampu mempastikan data, maklumat dan fakta yang diperoleh adalah benar, boleh dipercayai dan sah. Dengan cara demikian, keputusan yangdilaporkan boleh diakui jitu. Penyelidikan saintifik perlu memastikan bahawa pengulangan kajian yang dijalankan untuk mengesan dan mengesahkan kajian yang terdahulu berjaya memperolehi keputusan yang sama jika ia benar. Semakin banyak kajian ulangan dibuat, akan semakin bertambahlah keyakinan kita terhadap keputusan kajian dan saranan yang diberi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang telah dikaji. Data, maklumat dan fakta yang dikumpul dalam sesuatu penyelidikan bertujuan untuk menjawab isu yang dinyatakan dalam permasalahan dan pernyataan kajian. Penyelidik mestilah memulakan tugas analisis dengan menentukan dan memilih beberapa metode analisis statistik yang sesuai. metode yang dipilih pula seharusnya mampu memperoleh keputusan yang dapat menjawab permasalahan dan tujuan kajian yang dibina. Justeru itu, tidak dapat dinafikan bahawa memiliki ilmu yang mendalam terhadap metode dan teknik analisis statistik adalah penting dalam penyelidikan.

1.4  STATISTIK DESKRIPTIF DAN INFERENS

Secara umum analisis statistik dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu analisis deskriptif dan analisis inferens. Analisis deskriptif biasanya digunakan untuk memperihalkan keadaan data yang terdapat pada sampel kajian. Pemerihalannya terhad kepada sampel sahaja dan tidak digunakan untuk membuat sesuatu kesimpulan atau generalisasi menyeluruh kepada populasi yang dikaji. Sesetengah ahlistatistik menyatakan bahawa ilmu statistik deskriptif hanyalah seperti hujung aisberg yang timbul di permukaan lautan. Meskipun ia kecil, tetapi ia memberi sumbangan yang penting dan bermakna dalam proses analisis data.
Apabila data dan maklumat yang diperoleh daripada sampel digunakan untuk tujuan membuat generalisasi kepada populasi di mana sampel itu dipilih, metode analisis statistik tersebut dinamakan sebanyak statistik inferens. Data dan maklumat yang diperoleh yang sifatnya boleh dilihat seperti hujung aisbergitu dijadikan anggaran yang dapat memperihalkan data dan maklumat lebih besar yang tidak kelihatan. Teknik analisis inferens menggunakan konsep dan hukum kebarangkalian. Untuk menjamin generalisasi dan kesimpulan ini tepat, beberapa tatacara kebarangkalian perlu diikuti agar pemerihalan terhadap populasi besar yang kadangkala sifatnya sejagat dapat diyakini meskipun kitahanya menggunakan data daripada sampel kajian.

1.5  KESAHAN DALAMAN

Kesahan dalaman merujuk kepada setakat mana kenyataan keputusan kajian yang berkait dengan pemboleh ubah yang dikaji boleh dipertahankan. Penyelidikan yang mempunyai kesahan dalaman yang baik ialah apabila keputusan yang diperoleh menjadi hasil sumbangan jitu pemboleh ubah bebas yang dikaji dan tidak dipengaruhi oleh pemboleh ubah luar yang lain. Kesahan dalaman boleh dicapai jika penyelidik dapat mengadakan kawalan terhadap pemboleh ubah luar yang mungkin mempengaruhi keputusan kajian. Kawalan membolehkan hanya satu pemboleh ubah bebas yang mempunyai peluang untuk berubah dalam satu-satu masa. Dengan cara ini, penyelidik boleh menyakinkan pengguna bahawa perubahan dalam pemboleh ubah terikat adalah hasil daripada perubahan dalam pemboleh ubah bebas tersebut.

1.6 KESAHAN LUARAN

Kesahan luaran merujuk kepada setakat mana sampel kajian yang dicabut daripada populasi dapat mewakili populasi yang dikaji. Oleh sebab itu, beberapa metode persampelan yang baik perlu digunakan dalam proses memilih sampel. Pemilihan secara rawak yang sebenar merupakan metode yang terbaik. Metode ini dapat mempastikan setiap individu dalam populasi mempunyai peluang yang sama terpilih sebagai sampel.

1.7  KONSEP UTAMA DALAM STATISTIK

Antara beberapa konsep dan terminilogi asas yang perlu diketengahkan di peringkat awal pembelajaran statistik ialah

1.7.1 Pemboleh Ubah
Pemboleh ubah merujuk kepada sebarang objek atau fenomena yang sifatnya boleh berubah. Beberapa ciri yang terdapatpada manusia, persekitaran dan situasi uji kaji boleh berubah-ubah daripada seorang individu kepada individu lain ataupun berubah daripada sesuatu persekitaran kepada persekitaran lain yang berbeza. Kesemua fenomena ini ialah pemboleh ubah. Jantina, berat badan, keupayaan mental, nilai dan kepercayaan ialah pembolehubahan yang terdapat pada manusia. Berat badan misalnya mempunyai kepelbagaian nilai.

1.7.2 Populasi
Populasi merujuk kepada keseluruhan set individu, objek, benda atau fenomena yang mempunyai ciri-ciri  kesamaan. Keseluruhan penduduk Malaysia dikatakan sebagai populasi Malaysia. la merupakan satu set individu yang tinggal dalam suatu kawasan geografi. Keseluruhan manusia yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah populasi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seluruh pelajar semester pertama di universiti ialah populasi pelajar semester pertama.

1.7.3 Parameter
Parameter merujuk kepadanilai yang menggambarkan ciri-ciri populasi. Dalam kebanyakan buku statistik, parameter populasi ditulis dengan huruf Greek. Contohnya huruf µ (sebutannya ialah mew) ialah parameter kepada purata atau min populasi.

1.7.4 Sampel
Sampel ialah sebahagian daripadapopulasi yang dipilih dengan menggunakan suatu metode pemilihan sampel. Sampel yang dikatakan baik ialah apabila ia dipilih secara rawak, mempunyai ciri-ciri populasi dan mewakili populasi tempat sampel itu dipilih.

1.7.5 Statistik
Statistik ialah nilai yang terdapat padasampel. Selalunya, ia merupakan hasil manipulasi kepada data atau hasil analisis. Pensyarah yang berminat untuk mengetahui tahap pencapaian prestasi pelajar semester pertama dalam kursus Pengantar Statistik mungkin memadai dengan mengira purata atau min markat Pengantar Statistik semua pelajar semester pertama kumpulan atau kelas yang diajarnya. Purata atau min pencapaian prestasi pelajar ialah statistik yang diperoleh daripadasampel darjahnya sahaja.

1.7.6  Pemboleh Ubah Bebas dan Pemboleh Ubah Terikat
Pemboleh ubah yang mempengaruhi atau memberi kesan kepada sesuatu pemboleh ubah yang lain dikatakan sebagai pemboleh ubah bebas. Dalam banyak keadaan pemboleh ubah bebas boleh dan sengaja dimanipulasi oleh penyelidik supaya dapat memberi kesan atau pengaruh yang berbeza-beza. Pemboleh ubah terikat pula merujuk kepada sebarang pemboleh ubah yang dipengaruhi oleh pemboleh ubah bebas. Kebiasaannya, pemboleh ubah terikatlah yang menjadi minat penyelidik untuk mempastikan secara tepat kesan dan pengaruh pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah terikat.

1.7.7  Pemboleh Ubah Kualitatif dan Pemboleh Ubah Kuantitatif
Pemboleh ubah kualitatif ialah pemboleh ubah yang mempunyai ciri saling eksklusif dan mempunyai subkelas. Pemboleh ubah bangsa contohnya mempunyai subkelas atau subbangsa seperti Melayu, Cina, India, Nasrani dan lain-lain. Setiap satu subbangsa adalah eksklusif. la hanya boleh berlaku dalam satu subkumpulan sahaja. Jantina ialah pemboleh ubah kualitatif yang terdiri daripada dua jenis, lelaki dan perempuan. Pemboleh ubah kuantitatif ialah pemboleh ubah yang di dalamnya terkandung nilai angka yang menunjukkan sifat yang berhubung dengan objek pemboleh ubah tersebut. Contohnya, jumlah hari seseorang pelajar tidak hadir kelas, markat dalam sesuatu kursus, umur kematian dan lain-lain. Pemboleh ubah kuantitatif boleh juga dibahagikan kepada jenis diskrit dan selanjar.

1.8  KESIMPULAN
Terdapat beberapa konseppenting dalam statistik sains sosial terutamanya yang berkaitan dengan analisis data penyelidikan dalam bidang yang ada kaitan dengan sains sosial, psikologi dan pendidikan. Oleh itu, kita perlu memahami beberapa jenis pemboleh ubah kerana daripada pemboleh ubah itulah terdapatnya maklumat dan data yang perlu dianalisis dengan metode yang sesuai dan tepat supaya dapat menjawab objektif dan matlamat akhir kajian. Modul ini akan lebih menekankan kepada analisis data secara kuantitatif.


Rujukan:
1.  Capon, J.A. (1988). Elementary statistics for the social sciences. Pacific Grove, CA: Wadsworth Thomson Learning.

2.      Cochran, W.G. (1954). Some methods for strengthening the common χ2 tests. Biometrics, 10, 417-451.

3.      Cochran, W.G. & Cox, G.M. (1957). Experimental design. New York: John Wiley & Sons.

4.      Pagano, R.R. (2001). Understanding statistics in the behavioral sciences. Belmont, California: Wadsworth Thompson Learning.

5.    Satterthwaite, F.W. (1946). An approxiamate distribution of estimates of variance components. Biometrics, 2,110-114.

6.  Welkowitz, J., Ewen, R.B.& Cohen, J. (1988). Introductory statistics for the behavioral sciences. New York: Harcourt Brace Jovanovich.

Saturday, 2 December 2017

KONSEP SIYASAH SYAR`IYYAH DAN PELAKSANAANNYA DALAM KONTEKS MALAYSIA

Pendahuluan Sistem politik adalah sebahagian daripada Islam yang syumul, namun begitu sistem politik yang berasaskan kepada syarak adalah berbeza dengan sistem politik masa kini yang berasaskan kepada fahaman sekular. Pendedahan kepada sistem politik Islam merupakan suatu perkara asas kepada masyarakat ke arah memahami hakikat pemerintahan Islam. Politik Islam dalam istilah fuqaha ialah siyasah syariyyah. Perkataan siyasah pada penggunaannya di sudut bahasa bermaksud mentadbir sesuatu perkara dengan baik atau pemerintah mentadbir urusan rakyat (Mu‟jam al-Wajiz: 1980). Para fuqaha pula mentakrifkannya sebagai tindakan pemerintah terhadap sesuatu perkara kerana suatu kemaslahatan walaupun tindakan itu tidak mempunyai dalil pada juzuknya (Abdul Wahab Khallaf: 1982, hal. 18) atau dengan kata lain menguruskan kemaslahatan manusia dengan mengikut ketentuan syarak.
  penggunaan biasanya diertikan sebagai jalan yang lurus, tempat keluar sesuatu dan jalan ke tempat air minum. Kaitan perkataan syariah dari segi bahasa menunjukkan kepada kita bahawa kewujudan air adalah penghubung kepada penerusan hayat manusia. Begitu juga jalan yang lurus adalah sesuatu yang membawa manusia ke arah kebaikan. Perkataan Syari`ah juga digunakan di dalam alQuran dalam banyak ayat, antaranya ada yang bermaksud sebagai peraturan hidup yang terkandung dalam suruhan dan larangan dan ada juga yang bermaksud seluruh ajaran agama yang merangkumi aspek keimanan, perundangan dan akhlak. Manakala Syari`at Islam ialah seluruh apa yang disyari`atkan oleh Allah di dalam agama sama ada dengan wahyu atau dengan sunnah Rasulullah SAW. Ianya termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan persoalan akidah dan keimanan, akhlak-akhlak yang mulia dalam perhubungan sesama anggota masyarakat dan hukum-hukum Allah yang berkaitan dengan perbuatan para mukallaf sama ada halal, haram, wajib, sunat dan harus yang dikenali sebagai fiqh dan juga perundangan Islam (Muhammad Yusuf Musa: 1996). Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya yang bermaksud: "Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhum al-anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Jelaslah bahawa politik atau siyasah itu bermaksud mengurusi urusan masyarakat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim).” (Hadis Riwayat Thabrani) Kebanyakan ulama mendefinasikan pengertian siyasah dengan definasi yang tidak lari daripada kedua-dua takrifan di atas. Oleh itu ilmu siyasah syar`iyyah ialah ilmu yang membincangkan mengenai pentadbiran sebuah kerajaan Islam yang terdiri daripada undangundang dan sistem yang berasaskan kepada asas-asas Islam atau sebagaimana pernyataan Abdul Wahab Khallaf iaitu mentadbir urusan umum bagi daulah Islamiah dengan perkara yang membawa kebaikan kepada manusia dan mengelakkan kemudaratan daripada mereka dengan tidak melanggar sempadan syarak dan asas-asas kulliyyah walaupun dalam perkara yang tidak disepakati oleh ulama mujtahidin. Kandungan perbincangan siyasah syar`iyyah ialah sistem, peraturan dan undangundang yang diperlukan dalam urusan sesebuah negara yang bertepatan dengan asas-asas agama dan dapat mencapai kemaslahatan kepada manusia dan menunaikan segala keperluan mereka. Perbincangan ulama-ulama silam mengenai siyasah syar`iyyah dalam kitab-kitab mereka adalah bertujuan untuk menjelaskan kepada pemerintah ketika itu khususnya dan kepada ummah amnya mengenai ilmu-ilmu pentadbiran Islam sebagaimana Abu Yusuf menulis kitab al-Kharaj, al-Juwaini menulis kitab al-Ghiyasi, Ghiyas al Umam Fi Tayas Ahl al-Dzalam, al-Mawardi menulis kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah, Ibn Taimiyyah menulis Siyasah Syar`iyyah Fi Ra`i wa al-Ra`iyyah, Ibn Qayyim menulis kitab Turuk al-Hukmiyyah, Ibn Jamaah menulis kitab Tahrir al-Ahkam Fi Tadbir Ahl al-Islam dan begitu juga ulama mutakhir seperti Abdul Wahhab Khallaf menulis kitab Siyasah Syar`iyyah Fi Syu‟un AlDusturiyah wa al-Kharijiah wa al-Maliyah. Perbezaan corak penulisan ulama silam dan penulisan ulama mutakhir ialah pendekatan ulama silam lebih detail sebaliknya penulisan ulama mutakhir lebih kepada menjadi pengantar dan menonjolkan fakta sejarah dengan menekankan bahawa siyasah syar`iyyah boleh dilaksanakan dan perlu dijadikan asas pemerintahan yang adil di sepanjang masa. Definasi Siyasah Syar`iyyah Menurut Istilah Para fuqaha mentakrifkan siyasah syar`iyyah sebagai tindakan pemerintah terhadap sesuatu perkara kerana mendapatkan suatu kemaslahatan walaupun tindakan itu tidak mempunyai dalil pada juzuknya. Dalam penakrifan lain mereka berkata menguruskan kemaslahatan manusia dengan mengikut ketentuan syarak. Kebanyakan tulisan yang berkaitan dengan siyasah syar`iyyah mendefinasikan pengertian siyasah dengan definasi yang berkisar di atas kedua-dua takrif tersebut. Siyasah syar`iyyah ialah ilmu yang membincangkan mengenai pentadbiran sesebuah kerajaan Islam yang terdiri daripada undang-undang dan sistem yang berasaskan kepada asas-asas Islam atau mentadbir urusan umum daulah Islamiah dengan cara yang membawa kebaikan kepada manusia dan mengelakkan mereka daripada kemudharatan, tanpa melanggar sempadan syarak dan asas-asas kulliyyah walaupun dalam perkara yang tidak disepakati oleh ulama mujtahidin (Abdul Wahab Khallaf: 1982). Oleh itu topik perbincangan siyasah syar`iyyah di kalangan para fuqaha ialah sistem, peraturan dan undang-undang yang diperlukan di dalam mengurus sesebuah negara bertepatan dengan asas-asas agama bagi menjamin pencapaian kemaslahatan kepada manusia, menunaikan segala keperluan mereka dan menjauhkan mereka daripada kemudaratan dunia dan akhirat.
Konsep Siyasah Syar’iyyah Secara umumnya manusia adalah makhluk yang hidup bermasyarakat secara semula jadi. Kepimpinan politik adalah satu yang dharuri dalam apa sistem sekalipun, demi menjaga kestabilan, keamanan dan kelangsungan hidup manusia di atas muka bumi. Ini kerana secara semula jadinya, manusia suka bercakaran antara satu sama lain. Orang yang kuat akan menindas orang yang lemah dan begitulah seterusnya. Siyasah dalam Islam terbina atas tujuan menjaga kemaslahatan hidup manusia berasaskan syariat. Ada pemerintahan yang diatur secara tabe‟i dan ada yang berpandukan manhaj ilmu. Manakala yang berpandukan syarak dinamakan siyasah syar‟iyyah. Ini dijelaskan lagi berdasarkan pendapat sarjana Islam berikut. 1) Menurut Ibn Khaldun (meninggal 808 H) Siyasah syar‟iyyah adalah satu mekanisme untuk menjalankan pentadbiran negara dan pelaksanaan hukum-hukum, merancang dan meminda peraturan dan undang-undangnya (Ibn Khaldun: tt, hal. 302-311). Bagi melaksanakan siyasah syar‟iyyah ini, Ibn Khaldun menyatakan dua kaedah yang perlu digunakan. Pertama, dinamakan siyasah diniyyah (agama) untuk kebaikan dunia dan akhirat bersandarkan kepada prinsip-prinsip dan ketentuan syariat yang diturunkan Allah di mana ia wajib dipatuhi dan ditaati tanpa dipersoalkan berdasarkan kepada konsep keimanan dan pembalasan di akhirat kelak. Kedua, bersandarkan kepada kekuatan akal (siyasah aqliyyah) yang juga wajib dipatuhi. Kewajiban mematuhi siyasah akal ini kerana tindakan, keputusan dan dasar yang diambil melalui kaedah ini tetap berpandu kepada kepentingan dan kemaslahatan masyarakat seluruhnya. Ibnu Khaldun berpendapat kerajaan atau al-mulk bertanggungjawab menanggung semua manusia mengikut kehendak tujuan dan nafsu, dan kerajaan siyasi atau politik, menanggung semua manusia mengikut kehendak pandangan akal dalam membawa kemaslahatan dunia dan menolak kemudharatan. Oleh sebab itu, khilafah ialah menanggung semua manusia mengikut kehendak pandangan syarak untuk mendatangkan kemaslahatan akhirat dan dunia yang kembali kepadanya iaitu mengawal agama dan menyusun urusan dunia dengannya. Ibn Khaldun juga berhujah bahawa kerajaan yang berasaskan kepada ketentuan syariat akan menzahirkan tuntutan sosial masyarakat yang harmonis, sejahtera dan berkeadilan sebagaimana yang menjadi tujuan syariat itu diturunkan. Sedangkan bagi pemerintah atau Sultan yang mengabaikan syariat sebagai sistem politiknya, maka kehidupan masyarakat dan negara terancam dengan kehidupan yang tidak stabil, keharmonian antara puak dan golongan sentiasa menjadi sesuatu yang menakutkan dan menjadi bom jangka yang pada bila-bila masa boleh meletup, kekerasan dan paksaan menjadi santapan rutin masyarakat dan memberi kesan negatif lain. Ini kerana kerajaan yang tidak menerapkan syariah sebagai tunggak utama pemerintahan, maka ia hanya lebih banyak memberi faedah kepada pemimpin tertentu dibanding membela rakyatnya dan mengutamakan kepentingan awam lainnya. Oleh sebab itu, Ibn Khaldun berpendapat siyasah syar‟iyyah sebagai peraturan-peraturan kerajaan yang selaras dengan ketentuan syariat dan apapun peraturan yang dijalankan kepada masyarakat yang dapat memenuhi kehendak syariah Islamiyyah. 2) Menurut Ibn Abidin (meninggal 1252 H) Beliau mendefinasikan siyasah syar‟yiyah sebagai satu mekanisme yang mempunyai visi dan misi untuk membaiki keadaan rakyat dengan cara membimbing mereka ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat (Ibn Abidin: 1992, hal: 15). Dalam hal ini, Ibn Abidin lebih menitikberatkan pengertian siyasah syar‟iyyah kepada implementasi hukum syariah. Peraturan dan undang-undang yang diciptakan bertujuan untuk menciptakan masyarakat yang harmoni dan stabil. Oleh sebab itu, penggunaan takrif siyasah dalam pengertian Ibn Abidin adalah menjadikan hukum Islam sebagai sumber primier hukum agar keadilan dapat ditegakkan tanpa mengambil kira latar belakang status sosial seseorang. Hal ini termasuk memberikan hukuman yang berat termasuk hukuman mati kepada pelaku jenayah yang bertujuan untuk menimbulkan rasa insaf di kalangan pelakunya. Seni memerintah, ketelitian, kecermatan dan kecerdikan dalam membuat dasar-dasar kerajaan dan kepentingan masyarakat umum yang mana semuanya dipandu dengan ketentuan syariat dan menekankan pentingnya aspek maqasid al-syariah merupakan intipati daripada pemikiran dan teori yang dikemukakan oleh Muhammad Naim Yasin (Shukeri Mohammad: 2011). Teori ini juga diperkukuh dengan penjelasan al-Atwah yang menambahkan bahawa konsep siyasah syar‟iyyah hanya berkisar di dalam wilayah ijtihad sahaja.
Di dalam usul fiqh ia dikenali dengan istilah dalil yang diperdebatkan (zanni aldalalah). Sedangkan bagi perkara-perkara yang sifatnya prinsip dan sudah pasti (qat`i aldalalah), penggunaan siyasah dalam perkara ini tidak dibenarkan lagi. Dalam istilah alAtwah, siyasah syar‟iyyah adalah tindakan yang diambil oleh kerajaan berdasarkan maslahah dalam perkara-perkara yang tidak dijelaskan oleh nas secara langsung dan dalam perkaraperkara yang sentiasa berubah-ubah mengikut perubahan waktu, tempat dan keperluan manusia (Abdul al- Al Atwah: 1993, hal. 44). 3) Menurut Imam Haramain Beliau berpendapat imamah sebagai ketua atau pemimpin yang merangkumi tanggungjawab khusus dan juga umum dalam urusan agama dan dunia. Tugasnya ialah menjaga sempadan dan mengurus rakyat, menegakkan dakwah dengan hujjah dan pedang, menghalang penyelewengan dan kezaliman, membela orang yang dizalimi daripada orang yang zalim, mendapatkan hak-hak daripada mereka yang enggan dan menunaikannya kepada orang yang berhak. Apa yang dituntut oleh syariat daripada makhluk ialah berpegang dengan agama, takwa, berpaut dengan amalan yang menghampirkan diri kepada Allah, bekerja keras untuk mencari redha Allah, bercukupan dengan dunia, mengelak dari ajakan hawa nafsu dan menghindarkan diri dari jalan dosa. Menurut al-Haramain, kebanyakan manusia tidak pernah terhalang dari terjerumus ke lembah hawa nafsu dengan semata-mata janji syurga atau neraka, dorongan dan ancaman, lalu Allah s.w.t memberi mandat kepada sultan dan pemimpin untuk menghalang supaya hakhak dapat dipenuhi, habuan disampaikan kepada empunyanya, mencegah orang yang menceroboh, menyokong orang yang adil, mengukuhkan binaan rasional, menghapus segala bentuk pelampauan dan kerosakan, lalu teraturlah urusan dunia dan dengan itu tercapailah maksud agama. 4) Menurut Yusuf al-Qardawi Beliau mendefinisikan siyasah syar‟iyyah sebagai sistem politik yang menjadikan syariat sebagai teras, kembali dan bersandar kepadanya, mengaplikasikannya di muka bumi, melaksanakan ajaran-ajaran dan prinsipnya di tengah masyarakat, sekaligus sebagai matlamat dan sasaran sistem dan tatacaranya. Tujuannya berdasarkan syariat dan sistem yang dianut berdasarkan syariat (Yusuf al-Qardawi: 1999, hal. 33). Pandangan Yusuf al-Qardawi merupakan reaksi dan perbezaan pandangan pemikiran sekuler dan liberal yang banyak dilaksanakan di dunia Islam belakangan ini. Beliau sama sekali menolak cara dan sistem negara yang didasarkan kepada sistem yang memisahkan syariat di dalam menjalankan pentadbirannya. Oleh sebab itu, tidak ada tolak ansur dalam hal pengertian tentang istilah politik selain dalam perspektif syariah sebagai acuan utamanya. Kritik keras yang dilontarkan oleh Yusuf al-Qardawi terutama dihalakan kepada pengertian politik yang digagaskan oleh Machiavelli. Pengertian dan falsafah politik Machiavelli yang bertunjangkan kepada penyingkiran moral dan menghalalkan segala cara bagi mencapai tujuan politiknya. Kaedah mengadu domba, berdusta, menebar fitnah, pembunuhan karakter, menganiaya, mengancam, menyingkirkan dan sampai kepada pembunuhan lawan-lawan politiknya merupakan norma yang biasa dalam politik yang tidak menyertakan elemenelemen syari‟ah dalam amalan politik.
Daripada beberapa pandangan yang diberikan oleh ulama dan pemikir Islam tentang siyasah syar‟iyyah dapat difahami bahawa kerajaan di samping memiliki kekuasaan untuk menerapkan hukum Allah, ia juga memiliki autoriti untuk membuat pelbagai peraturan hukum berkaitan dengan perkara yang tidak diatur syariah secara eksplisit dan terperinci. Kuasa untuk menetapkan hukum syarak adalah hak Allah. Dia adalah pencipta manusia dan pembuat syariah. Pernyataan eksplisit al-Qur‟an banyak yang global (mujmal). Ia juga boleh dilihat sebagai respon perundangan terhadap kehidupan manusia yang sentiasa dinamik. Sementara penjelasan al-hadith yang berkaitan dengan masalah politik dan kenegaraan sangat berkait dengan situasi zaman, lingkungan dan keadaan sosial tertentu. Dengan demikian, diperlukan ijtihad sebagai penjelasan lebih lanjut terhadap tuntutan nas dan sebagai jawapan terhadap pelbagai persoalan yang secara langsung belum tersentuh oleh kedua sumber hukum utama tersebut. Pandangan Orientalis Barat tentang Politik Islam 1. Dr. V. Fitzgerald berkata : "Islam bukanlah semata agama (a religion), namun ia juga merupakan sebuah sistem politik (a political system). Meskipun pada dekad-dekad terakhir ada beberapa kalangan dari umat Islam, yang mendakwa diri mereka sebagai kalangan 'modernis', yang berusaha memisahkan kedua sisi itu, namun seluruh gagasan pemikiran Islam dibangun di atas fundamental bahawa kedua sisi itu saling bergandingan dengan selaras, yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain" (Muhammedan Law", Bab I, hal. 1). 2. Prof. C. A. Nallino berkata : "Muhammad telah membangun dalam waktu bersamaan: agama (a religion) dan negara (a state) dan batas-batas wilayah negara yang ia bangun itu terus terjaga sepanjang hayatnya” (Sir. T. Arnold: hal. 198). 3. Dr. Schacht berkata : "Islam lebih dari sekadar agama, ia juga mencerminkan teoriteori perundangan dan politik. Dalam ungkapan yang lebih sederhana, ia merupakan sistem peradaban yang lengkap, yang mencakup agama dan negara secara bersamaan" (Encyclopedia of Social Sciences, Bab VIII, hal. 333) Tujuan Siyasah Syar`iyyah Pemerintahan hanyalah wasilah bukannya matlamat iaitu wasilah untuk menegakkan perintah Allah dan melaksanakan amanahNya bagi membawa rahmat ke seluruh alam. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam.” (Al-Anbia‟: 107) Firman Allah yang bermaksud: “Mereka yang Kami berikan kekuasaan di muka bumi, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada mungkar dan kepada Allah kembali segala urusan.” (Al-Haj: 41) Tujuan siyasah syar`iyyah ialah untuk melaksanakan maqasid al-syariah iaitu yang terkandung di dalam perkara yang berkaitan dengan „jalb al-masalih‟ (mendapatkan kemaslahatan kepada manusia) dan „dar‟ al-mafasid‟ (menghilangkan kemudaratan daripada mereka). Maqasid al-syariah adalah tujuan Allah menurunkan Syariat Islam kepada manusia bagi menjaga agama, jiwa, akal, nasab dan harta. Syariat Islam tidak akan dapat disampaikan dan ditegakkan dalam kehidupan manusia melainkan dengan kuasa pemerintahan,  terutamanya perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang dan sistem hidup dalam seluruh aspek kehidupan manusia. Siyasah Syar`iyyah di Alam Melayu Siyasah syar`iyyah di Alam Melayu atau nusantara bermula sejak kedatangan Islam di Melaka. Sejarah Melayu menyatakan bahawa Islam telah sampai ke puncak kegemilangannya di Melaka pada abad ke-15 Masihi, khususnya selepas tahun 1414 Masihi apabila rajanya memeluk Islam dan menamakan dirinya sebagai Megat Iskandar Shah (W.G.Shellabear, 1950: 63). Lazimnya apabila raja memeluk Islam, rakyat seluruhnya akan mengikuti jejak baginda. Namun pendapat ini disangkal oleh Syed Hussein al-Attas yang mengatakan pengislaman beramai-ramai di Melaka bermula dari rakyat kepada rajanya (Syed Hussein al-Attas, 1964: 23). Walau bagaimanapun pendapat ini ada kebenarannya sebagaimana yang berlaku di Kedah, di mana Islam telah sampai di negeri itu sejak abad ke- 9 Masihi lagi, tetapi pemerintahnya baru memeluk Islam dalam tahun 1474 Masihi (C.C.Brown, 1970: 73). Seterusnya apabila mantap kedudukan kerajaan Islam Melaka khususnya di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah (1459-1477M), Islam telah dikembangkan ke negeri-negeri jajahannya iaitu Bengkalis, Pulau Karimon, Bentan, Kampar, Siak, Aru, Inderagiri, Rokan dan Johor (M.A.Rauf, 1964:78). Maka dengan itu jadilah Melaka sebuah empayar Islam pada tahun 1459 Masihi (D.G.E.Hall, 1964: 213). Hal ini berlaku selepas Melaka mengadakan hubungan baik dengan Cina bagi mendapatkan perlindungan dari serangan Siam. Fakta sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang digunakan sebagai bahan buku-buku teks mungkin terpaksa diubah berikutan penemuan terbaru penyelidik tempatan bahawa kerajaan tersebut yang menjadi asas kepada pembentukan negeri-negeri Melayu lain telah dibuka pada tahun 1262 dan bukan pada tahun 1400. Penyelidik-penyelidik yang berusaha mengumpul bukti dan menemukan fakta baru yang secara langsung akan mengubah banyak peristiwa dan sejarah yang sedia ada. Sememangnya banyak peristiwa serta sejarah yang diberitakan serta ditulis, mempunyai keraguan dan pertindihan tarikh dan masa seperti Kerajaan Melayu Benua Siam Islam dengan Melaka. Begitu juga sejarah Hang Tuah yang banyak mempunyai versinya tersendiri menerusi Hikayat serta catatan sejarah yang ditulis. Menurut sumber Kosmo bertarikh 1 Jun 2010, zaman Kesultanan Melaka yang diasaskan oleh Parameswara wujud dalam 30 tahun lebih awal daripada kerajaan Majapahit di pulau Jawa yang diasaskan pada tahun 1292 sebelum kedua-duanya bersaing menguasai rantau Nusantara. Penemuan yang diperakukan oleh 9 penyelidik tempatan yang dilantik kerajaan negeri Melaka sekaligus menolak tarikh yang diumumkan sebelum ini iaitu tahun 1278. “Setakat ini mereka yakin bahawa tarikh kerajaan Melayu Melaka diasaskan ialah pada tahun 1262 iaitu 138 tahun lebih awal tetapi jika ada pihak lain yang menemui bukti baru, sila berikan bukti,” demikian kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menerusi akhbar Kosmo selepas merasmikan Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka di Melaka. Pada April 2010 lalu, sekumpulan penyelidik merumuskan sejarah penubuhan kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 1278 tetapi kali ini tarikhnya berubah kepada lebih awal iaitu 1262 dan bukannya pada tahun 1400 yang menjadi sumber rujukan selama ini. “Keputusan ini diputuskan oleh sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan negeri menerusi kerjasama Institut Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Setakat ini keputusan adalah muktamad ekoran hasil kajian penyelidik sejak tahun 2009 yang sepakat menolak pendapat penulis-penulis terdahulu. Tarikh 1400 dan 1278 yang dikemukakan tidak mempunyai ciri fakta yang kukuh sebagai tahun sebenar penubuhan kerajaan Melayu Melaka kerana tahun itu diperolehi daripada andaian dan tujuan penulisan berdasarkan sumber-sumber yang ada,” menurut Datuk Mohd. Ali Rustam lagi. Berdasarkan tulisan Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) versi Raja Bongsu, kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan pada tahun 660 Hijrah bersamaan tahun 1262. Ini secara langsung menolak kesepakatan sarjana Barat sebelum ini termasuk dari Portugal kerana bukan berdasarkan fakta sejarah. Fakta Barat diambil dari Suma Oriental yang ditulis oleh Tom Pires pada tahun 1512-1515 hanya berdasarkan pengumpulan maklumat menggunakan kaedah dengar cakap. Menurut Datuk Mohd. Ali Rustam, keputusan yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik adalah berdasarkan sumber bertulis, artifak dan lisan serta penyelidikan yang dijalankan di Malaysia dan di Indonesia. Antara tempat yang dilawati penyelidik termasuklah Kepulauan Riau, Pulau Penyengat, Pulau Singkep, Pulau Lingga, Sumatera Selatan iaitu di Jambi dan Palembang serta Padang dan Batu Sangkar di Sumatera Barat. Menurut Pakar Sejarah, Prof Emiratus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, “Penemuan tarikh baru ini tidak boleh dianggap muktamad kerana sejarah memang selalu dikaji semula setiap kali terdapat penemuan baru. Ia tidak boleh bergantung pada sumber di dalam negara sahaja kerana ia melibatkan sumber-sumber negara lain yang terlibat,” kata beliau lagi. Begitu juga Melaka telah berjaya menarik perhatian ulama-ulama dari luar untuk menjadikan negeri itu sebagai pusat perkembangan dakwah Islamiyah di rantau ini. Peranan yang dulunya dimainkan oleh kerajaan Samudera-Pasai kini telah diambil alih oleh Melaka. Misalnya dalam masa pemerintahan Sultan Mansur Shah (1459-1477M), telah datang seorang ulama dari Mekah yang bernama Maulana Abu Bakar (W.G. Shellabear, 1950: 115). Beliau telah membawa Kitab “Dur al-Manzum” karangan gurunya yang bernama Maulana Abu Ishaq (R.O.Winstedt, 1938: 127). Kitab tersebut merupakan sebuah kitab aqidah yang diperintahkan oleh Sultan Mansur Shah supaya dihantar ke Pasai untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. C.A.Majul berpendapat metod utama penyebaran Islam ke Alam Melayu ialah melalui penguasaan politik (C.A.Majul, 1962: 432). Penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negeri Islam ke atas negeri-negeri lain bukan sahaja menjadikan raja dan pembesar-pembesar negeri yang ditaklukinya terdorong menganut Islam bahkan juga rakyat jelatanya. Sekiranya negeri yang ditakluki itu telahpun menganut Islam sebelumnya, penaklukan tersebut memberi peluang bagi mempertingkatkan lagi penyebaran Islam. Kerajaan Melaka terutama pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah (1456-1477M) dan Bendahara Tun Perak dikatakan begitu berjaya dalam penyebaran Islam. Islam telah dikembangkan begitu pesat di Johor, Pahang, Kampar, Bengkalis, Bentan dan Kepulauan Karimon. Kegiatan penyebaran Islam secara menyeluruh yang bermula dari istana dan pembesar kemudian kepada rakyat jelata merupakan satu bentuk penyebaran rasmi. Tindakan seumpama itulah yang menjadikan Melaka dianggap oleh sejarawan Barat sebagai negeri pertama di Tanah Melayu yang menerima Islam walaupun terdapat beberapa bukti sejarah negeri-negeri Melayu lain seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor telah menerima Islam sejak abad ke 9 Masihi lagi. Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik Hindu-Buddha kepada siyasah syar`iyyah atau politik Islam. Contohnya, agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Sehubungan itu, beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. Selain itu kitab Undang-Undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan masyarakat. Beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya diwujudkan bagi melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran masyarakat Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Dengan kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mengubah perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh raja. Keadaan ini bertentangan dengan asas penubuhan yang disarankan oleh Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin yang menekankan fardhu bagi penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepada manusia dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat ditanggung oleh orang yang terpilih sebagai pewaris kedudukan khalifah. Konsep dewa raja bertukar kepada konsep sultan. Ia merupakan suatu gelaran kepada orang yang diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang sama berperanan sebagai khalifah Allah SWT di bumi. Kepatuhan dan ketaatan pada sultan adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan mutlak seperti konsep dewa raja. Dalam konteks sosial, Islam mengajar tidak ada pengkastaan dalam masyarakat seperti dalam pengaruh Hindu-Buddha, sebaliknya pembentukan masyarakat mestilah diasaskan pada keadilan yang bersendikan agama. Raja dan rakyat, tua dan muda, kaya dan miskin semuanya mempunyai peranan dalam masyarakat (Afifah Abu Yazid, 2003: 54). Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Buktinya, di zaman pemerintahan Melayu Melaka, kerajaan amat maju dan stabil. Menurut sejarah, Kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur bagi perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah menjelaskan bahawa Islam bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke-9M dan selewat-Iewatnya pada kurun ke-15M. Islam telah bertapak di Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum terbentuknya Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka mula terserlah apabila ia mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar berbaik-baik dengan kuasa besar asing pada ketika itu seperti Siam, Majapahit dan China. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan ekonomi dan pentadbirannya (Afifah Abu Yazid, 2003: 3). Sesungguhnya kebajikan rakyat hanya dapat disempurnakan dengan wujudnya pemerintah. Peranan tersebut adalah sukar dilaksanakan secara individu, kewujudan pemerintahan adalah cara terbaik untuk menyempurnakan kebajikan rakyat. Ia meliputi pengurusan dan pentadbiran yang cekap serta memerlukan kepada pemerintah sebagai penyelaras kuasa. Tolong menolong, bekerjasama dan bersatu padu adalah unsur-unsur yang perlu dan penting supaya kebajikan rakyat dapat dipenuhi. Unsur-unsur ini selamanya tidak akan mencapai tahap kecemerlangan tanpa wujudnya pemerintah yang adil. Bertolak dari unsur di atas, Islam yang tiba di Alam Melayu juga tidak mengabaikan aspek politik dan pentadbiran demi untuk menjaga maslahat rakyat keseluruhannya. Islam telah mengambil alih tempat yang paling penting dalam kehidupan masyarakat Melayu dan politik di rantau ini. Kebudayaan di Alam Melayu selepas menerima Islam menjadi sebahagian dari kebudayaan Dunia Islam yang lebih luas. Semua perkembangan yang wujud di lain-lain tempat turut dirasai dan mempengaruhi penduduk-penduduk Islam di rantau ini. Islam juga telah berjaya mempengaruhi sifat dan watak pemerintah atau sultan yang bertakhta di kebanyakan negeri di rantau ini ketika itu. Rata-rata struktur politik pemerintahan Islam di Alam Melayu menggembelingkan tenaga seluruh rakyat bagi memperjuang dan mempertahankan ajaran Islam, negara dan umatnya. Selain daripada itu, antara watak yang berjaya dibentuk oleh Islam terhadap sultan-sultan juga ialah mendorong mereka supaya meminati ilmu dan mendekati para ulama, hingga istana-istana menjadi pusat pengajian Islam yang utama (Abd. Rahman Haji Abdullah, 1981: 250). Ini berlaku kepada sultan-sultan yang terkenal seperti Sultan Malik al-Zahir (Samudera-Pasai), Sultan Mansur Shah (Melaka) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (Acheh) (Dr. Haji Abdullah Ishak, 1992: 144). Ramai juga sultan-sultan Melayu yang terpengaruh dan menerima ilmu atau amalan tasawuf seperti Sultan Muhammad Yusuf al-Khalidi (Riau) dan Sultan Iskandar Muda (Acheh) (Abd.Rahman Haji Abdullah, 1981: 258) serta lain-lain lagi. Sikap para sultan Acheh yang begitu mengambil berat terhadap agama dan ilmu pengetahuan telah menjadikannya sebagai pusat pengajian Islam yang unggul di rantau ini pada waktu itu dan menjadi tumpuan para ulama dan mubaligh. Untuk itu kerajaan Acheh telah mendirikan pusat-pusat pendidikan rakyat yang ditempatkan di masjid-masjid di seluruh negeri, malah pusat pengajian yang lebih tinggi juga telah didirikan dan mereka yang berminat menyambung pelajaran seterusnya akan pergi ke Mekah, India atau Mesir (Abd. Rahman Haji Abdullah, 1981: 256). Konsep dan sistem pemerintahan pada zaman pengaruh Hindu-Buddha telah bertukar kepada konsep dan sistem sultan dalam Islam walaupun tidak secara total. Sultan sebagai ketua negara yang menjalankan undang-undang keadilan, menjaga dan melindungi hak-hak serta kepentingan rakyat. Sultan juga menjadi ketua agama dan adat yang bertanggungjawab menjaga keutuhan agama dan keharmonian adat. Sultan tidak dianggap sebagai manusia paling suci seperti kepercayaan zaman Hindu-Buddha sebelumnya. Namun begitu, sewaktu kedatangan Islam masyarakat menganggap sultan adalah manusia yang mulia, para sultan dianggap mempunyai daulat (kekuasaan halus) yang hanya dimiliki oleh raja dan tidak boleh diganggu-gugat.
Konsep daulat berkembang apabila sultan dikaitkan dengan pelbagai mitos tentang asal-usul, jurai keturunan dan salasilah serta kebolehan fizikal dan kerohanian luar biasa. Daulat juga dihubungkan dengan tuah yang dimiliki oleh sultan tersebut, iaitu apabila keadaan negeri aman dan makmur, perdagangan berkembang pesat, tanaman hidup subur, ternakan membiak dan rakyat bertambah ramai, maka sultan tersebut dianggap bertuah dan berdaulat. Dengan itu, rakyat mestilah menjalankan titah perintah sultan dan sesiapa yang menentang dianggap menderhaka. Ini bermakna kedatangan Islam berjaya mengubah watak dan sifat raja atau sultan kepada sifat yang lebih positif. Aspirasi Islam menjelma melalui nama-nama sultan dan negara, dahulunya bercirikan Hindu mula ditukar kepada Islam. Kitab Taj al-Salatin (1603 M) karya Bukhari al-Jauhari merupakan satu penulisan mengenai bidang politik atau ketatanegaraan Alam Melayu. Beliau dianggap pelopor dalam bidang ini yang telah mempengaruhi karya-karya berikutnya, Bustan al-Salatin (1638 M) oleh Nuruddin Al-Raniri dan Sulalat al-Salatin (1612 M) oleh Tun Seri Lanang. Dengan itu jelas sekali memperlihatkan pengaruh Islam di dalam pemikiran politik rantau ini setelah kedatangan Islam. Pengarangnya telah mengulas sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang penguasa atau pemerintah seperti sifat amanah, adil, terbuka, sama rata, beriman dan budiman, lemah lembut, tidak melanggar hukum Allah dan syari‛ah, mengasihi para ilmuwan dan menerima nasihat mereka, mengambil berat keadaan rakyat serta lain-lain. Selepas Islam datang ke Melaka, Islam bukan sahaja mempengaruhi undangundangnya, tetapi juga konsep kedaulatan raja-rajanya Ini digambarkan di dalam Sejarah Melayu yang menyebut hubungan di antara raja-raja Melayu Melaka dengan Allah dan Rasul sebagaimana kata-kata Bendahara Tun Perak, “...dan jangan kamu sekalian lupa pada berbuat kebaktian kepada raja kamu. Oleh itu kata hukama, adalah raja yang adil itu dengan Nabi SallalLahu-`alaihi wasallam umpama dua buah permata pada sebentuk cincin, lagipun raja itu umpama ganti Allah di dalam dunia, kerana ia Zulillah fi al-`alam, apabila berbuat kebaktian kepada raja seperti berbuat kebaktian kepada AlLah Subhanahu wa Ta`ala. Yakni berbuat kebaikan kamu akan Allah dan Rasul-Nya dan akan raja... hendaklah jangan kamu lupa, supaya kebesaran dunia akhirat kamu perolehi.” Kenyataan di atas menggambarkan kepada kita iaitu selepas kedatangan Islam konsep raja sebagai “dewa-raja” telah bertukar menjadi “ganti Allah” atau dalam kenyataan yang lain disebut “wakil Allah”. Selain daripada itu ia juga memetik perintah Allah supaya taat kepada Allah, Rasul-Nya dan pemimpin di kalangan mereka. Pelaksanaan Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang berlandaskan hukum-hukum Islam adalah suatu perubahan besar yang nyata menunjukkan pemerintah-pemerintah Melaka pada ketika itu berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan undang-undang Islam. Begitu juga dengan konsep musyawarah atau bermuafakat antara raja yang memerintah dengan pegawai dan pembesar-pembesarnya adalah teras penting untuk mencapai keadilan. Sejarah Melayu menyatakan hal yang demikian dengan memetik titah Sultan Mansor Shah, “...dan hendaklah engkau bermuafakat dengan segala menteri dan segala orang besar-besarmu, kerana raja itu, jikalau bagaimana sekalipun bijaksananya dan tahunya, jikalau tiada muafakat dengan segala pegawainya di mana akan dapat ia melakukan bijaksananya itu?” Peranan istana yang pada masa itu sebagai penyimpan khazanah ilmu agama dan kesusasteraan Islam juga menjadikan raja sebagai pengembang Islam. Manakala kedudukan maulana, ahli fiqh dan kadi sering mendapat kedudukan yang tinggi di  kalangan pemerintah (Yahaya Abu Bakar, 1982, 16)sebagai golongan ulama yang sentiasa menjadi penasihat umara. Lantaran ulama dan umara adalah dua pihak yang tidak boleh dipisahkan dalam sebuah negara Islam (`Abdul `Aziz al-Badri, 1979, 30). Jawatan yang paling penting selepas raja adalah Bendahara. Tome Pires menggambarkan jawatan Bendahara sebagai “who is next the king” dan “chief-justice” yang menjalankan tugas pendakwaan dalam kes-kes perbicaraan sivil dan jenayah di peringkat negeri. Sebagai ketua eksekutif dalam pentadbiran, jawatan Bendahara biasanya seorang yang faham dan matang dalam selok belok berkerajaan dan lazimnya ia juga menjadi “penasihat” raja. Ini digambarkan di dalam Sejarah Melayu semasa Bendahara Tun Perak menasihatkan Sultan Mahmud dengan katanya, “Adapun tuanku... yang kehendak nafsu itu daripada was-was syaitan `alaihi laknat. Banyak rajaraja yang besar-besar dibinasakan Allah kerajaannya sebab menurut hawa nafsunya.” Walau bagaimanapun, peranan yang dimainkan oleh pemerintah Melaka sejak terdirinya kerajaan Melaka dengan susunan organisasi pentadbirannya yang lengkap dan rapi tidak dapat dipisahkan dengan perkembangan sistem perundangan Islam yang dilaksanakan, walaupun kedapatan hukum adat masih dijadikan peruntukan alternatif. Siyasah Syar`iyyah vs Politik Boleh dikatakan keseluruhan masyarakat Malaysia hari ini heboh memperkatakan tentang politik tanah air. Walaupun begitu masih ada golongan yang tidak memahami maksud sebenar politik yang sering diperkatakan itu. Definisi politik mengikut Kamus Dewan membawa tiga maksud iaitu: 1) Ilmu (pengetahuan) berkenaan cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dan lain-lain). 2) Segala sesuatu berkenaan pemerintah sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain. 3) Kelicikan, muslihat dan tipu muslihat. Sekiranya ketiga-tiga maksud ini digabungkan dapatlah kita membuat satu kesimpulan dengan mengatakan bahawa politik adalah satu cabang dari cabang-cabang ilmu pengetahuan berkenaan dasar-dasar pemerintahan sesebuah negara meliputi hubungan dalam dan luar negara berdasarkan pengalaman, gaya tadbir, kelicikan dan tipu muslihat. Manakala Political Sciences pula adalah subjek yang membicarakan tentang ilmu pemerintahan dan politik. Kalimah siyasah syar‟iyyah kini sangat popular pada masa kini yang juga boleh diertikan sebagai politik. Definasi siyasah atau politik sepertimana terkandung di dalam kitab sahih Muslim syarah Imam an-Nawawi adalah "Mentadbir sesuatu bagi kemaslahatannya". Secara sepintas lalu inilah definasi kepada politik atau siyasah yang dijalankan pada hari ini secara global sama ada ianya bersistemkan demokrasi atau autokrasi. Kesemuanya menjurus kepada mentadbirkan selok belok masyarakat dan negara dengan mempamerkan pelbagai senario. Politik atau siyasah secara global adalah bermaksud cara mentadbir sesuatu atau mengurusnya. Adapun mafhum siyasah syar`iyyah sepertimana yang disebut oleh ulamaulama terdahulu mempunyai dua makna.
1) Makna umum/am iaitu pentadbiran urusan-urusan manusia dan juga selok belok kehidupan dunia mereka berasaskan syarak. Dengan itu mereka mendefinasikan khalifah sebagai pengganti kepada Rasulullah s.a.w pada urusan menjaga agama dan politik pentadbirannya dengan agama. 2) Makna khas iaitu perkara yang dilihat oleh pemerintah atau yang dikeluarkannya daripada hukum-hukum serta perlembagaan untuk menghalang keburukan yang sedang berlaku atau dijangka akan berlaku atau untuk membaiki keadaan yang khusus/khas. Banyak politik hari ini terang-terang melanggar syariat Islam. Banyak politik hari ini tidak memperdulikan syarak. Banyak politik hari ini tidak mengenal batas haram dan halal, boleh diterima atau tidak. Politik hari ini berjalan mengikut persepsi, acuan dan hawa nafsu pendokongnya. Antara mereka ada yang menjadikan falsafah, fikrah-fikrah serta ideologi tertentu sebagai sumber rujukan yang dijadikan pegangan sepertimana yang dilakukan oleh puak sekularisme sama ada mereka yang menyokong dasar liberal mahupun berfahaman Marx. Ada juga yang mengamalkan politik gaya nafsu syahwat, kepentingan individu atau parti bagi mengekalkan kedudukan atau kerusinya tanpa memandang kepentingan masyarakat bersama, cita-cita serta nilai kewujudan mereka. Sistem politik-politik seperti ini tidak layak mendapatkan gelaran siyasah syar`iyyah atau politik yang dibenarkan, kerana ianya tidak menjadikan syarak sebagai dasar kegiatan dan sumber rujukan politiknya. Apabila kalimah siyasah atau politik dikaitkan atau diiringi dengan syarak dengan kata-kata siyasah syar`iyyah atau politik syar`iyyah, ada pihak-pihak yang cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa tiada kalimah politik atau siyasah di dalam Islam - there is no political in Islam. Golongan-golongan yang memperjuangkan politik Islam dengan syiar "Islam adalah agama dan politik" diserang oleh puak-puak sekularisme atau yang berfahaman serta memperjuangkan dasar-dasar sekularisme dengan syiar mereka "Mengasingkan agama dari negara", atau "Mengasingkan agama dari kehidupan seharian". Dalam ibarat yang lain sekularisme bermaksud tiada atau anti agama dan mengasingkan kehidupan dari kongkongan agama. Mereka mengatakan bahawa golongan yang menjadikan "Islam adalah agama dan politik" sebagai syiar mereka telah mencampuradukkan politik dengan agama seterusnya mengeksploitasikan agama untuk kepentingan politik. Mereka-mereka yang berkata sedemikian adalah puak-puak sekularisme atau mendokong dasar fahaman sekular. Dengan itu politik Islam mendapat tentangan hebat dari puak berfahaman sekular yang cuba mencelah masuk ke negara-negara Islam hari ini. Sistem politik demokrasi berparlimen adalah satusatunya sistem yang paling mirip dengan politik Islam. Politik demokrasi yang mirip kepada politik Islam adalah dilihat dari aspek kebebasan bersuara, mengeluarkan pendapat, mengkritik atau menegur kepimpinan. Walaupun begitu politik Islam tetap mempunyai gaya dan uslub (method) yang tersendiri mengatasi segala sistem politik yang lain. Politik Islam merupakan salah satu dari pelbagai cabang-cabang feqah Islami yang mencakupi keseluruhan kehidupan manusia. Sebagaimana dimaklumi Islam menitik beratkan kepada beberapa hubungan yang telah disebutkan sebagai asas kepada politik Islam iaitu adalah seperti berikut : i) Merangkumi hubungan manusia dengan Penciptanya yang disebut sebagai feqah ibadah.
ii) Merangkumi hubungan manusia dengan kehidupan dirinya secara khusus yang disebut sebagai feqah halal dan haram. iii) Merangkumi hubungan individu dengan keluarganya mengenai urusan nikah, cerai, wasiat, harta pusaka dan sebagainya yang disebut sebagai al-Ahwal as-Syakhsiyyah. iv) Merangkumi hubungan individu dengan masyarakat dalam segala urusan dan tindakan seharian yang disebut sebagai al-Qanun al-Madani atau Tijari (urusan perniagaan). v) Merangkumi hubungan dua hala di antara sebuah negara Islam dengan negara-negara Islam yang lain juga negara bukan Islam atau dalam erti kata lain hubungan antarabangsa dalam semua aspek dan situasi, dalam keadaan aman mahupun darurat atau peperangan. Politik Islam juga merangkumi hubungan manusia dengan negara atau hubungan pengadilan dengan yang diadili atau pemerintah dengan rakyat jelata atau Kerajaan dengan masyarakat atau dalam erti kata lain sebagai al-Feqah ad-Dusturi (Feqah Pelembagaan). Siyasah Syar`iyyah di Malaysia Masakini Politik kepartian pada asasnya lahir dari sistem demokrasi. Di Malaysia, ia bermula pada tahun 1955 apabila ia menerima sistem demokrasi sebagai kaedah pemerintahan di samping sistem beraja. Tiada dalam pengalaman Islam sepanjang sejarah, tertubuhnya parti politik dalam sistem pemerintahan negara. Ini bermakna kehidupan demokrasi dalam sistem politik Islam adalah satu pengalaman baru bagi umat Islam. Bagaimanapun amalan demokrasi harus disaring untuk mencapai objektif kehidupan berteraskan maqasid al-syariah. Malaysia seperti negara Islam lain menerima demokrasi Barat secara bertapis. Secara umumnya, kita mengamalkan pilihan raya tetapi masih mengekalkan nilai asal yang diwarisi dari pengalaman pemerintahan Islam yang lampau. Negara Islam tidak menerima sepenuhnya falsafah demokrasi ala Barat. Isu penerimaan terhadap sistem demokrasi pilihan raya menjadi perbahasan hangat dalam kalangan masyarakat Islam satu masa dahulu. Demokrasi memberi ruang penyertaan rakyat dalam menentukan dasar dan hala tuju negara. Umat menjadi sumber kuasa dan hak dalam menilai pemerintah dan dianggap nilai yang baik dalam demokrasi. Imam Hasan al-Banna menerima sistem demokrasi pilihanraya secara umum dengan beberapa cadangan penambahbaikan dan kita masih perlu mengolah demokrasi berasaskan nilai Islam atau nilai ketimuran. Ini adalah satu-satunya penyelesaian politik yang akan memihak kepada Islam dan umat Islam. Ada pun menerima liberal demokratik Barat sepenuhnya dari segi falsafah dan nilai akan merosak dan merugikan umat Islam. Kemungkinan ketidakmatangan pengalaman politik dalam membangunan sistem politik ala Islam telah membawa negara kita kepada perbalahan politik yang mengundang kemusnahan terhadap Islam dan umat Islam sendiri. Matlamat perjuangan parti politik umat Islam tidak dipandu oleh garis panduan bagi mencapai maksud siyasah syar`iyyah yang umum. Hari ini perbalahan politik dalam kalangan umat Islam sampai ke tahap yang membahayakan. Dengan maksud kemungkinan meruntuhkan sistem politik demokrasi bertapis kepada demokrasi terbuka yang akan meletakkan Islam dan umat Islam di bawah konsep samarata dengan agama dan umat yang lain. Keinsafan menuntut kita bersatu, bersepakat dalam mematangkan amalan demokrasi berasaskan nilai tempatan. Namun begitu, permusuhan politik telah dikuasai dendam yang hanya tahu meruntuh dan niat membangunkan politik atas asas siyasah syar`iyyah akan terkubur terus.
Parti-parti politik umat Islam di Malaysia pada masa kini berada dalam keadaan krisis dari segi fungsi dan hubungan, dalam konteks menghidupkan amalan demokrasi di Malaysia. Mereka sepatutnya memainkan peranan saling melengkap dan membina. Namum begitu apa yang berlaku ialah berkonfrantasi sepanjang masa antara satu sama lain. Ini berpunca daripada tidak jelas hubungan siyasah syar`iyyah dalam orientasi demokrasi di Malaysia. Satu pihak menganggap sistem yang ada sudah cukup munasabah manakala pihak yang lain menganggapnya salah dan bertentangan dengan Islam. Barangkali persoalan besar yang belum terungkai semenjak sekian lama ialah dari segi status Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Kesimpulan Walaupun kita bersetuju bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dari segi takrif dan istilah, tetapi pengamalan siyasah syar`iyyah di dalamnya tidak sempurna atau tidak menyeluruh. Terdapat kecacatan di sana sini dari segi syarat perwakilan, ciri-ciri pemimpin, kaedah akad kontrak dan kuasa bagi mendaulatkan Islam dan memelihara martabat umat Islam. Umat Islam perlu dalam pendirian politiknya memastikan kondisi politik mereka berada pada tahap terpelihara sehingga dapat mempertahankan kepentingan Islam dan umat Islam seperti yang tercatat dalam perlembagaan. Umat Islam harus berusaha untuk mengatasi cabaran politik yang mencipta kondisi politik baru yang membolehkan mereka melaksanakan siyasah syar`iyyah secara sempurna. Perubahan politik memerlukan terlebih dahulu perubahan terhadap aqidah dan kefahaman umat. Satu fakta yang penting juga ialah arahan melaksanakan tuntutan fardu kifayah adalah kewajipan ke atas bahu umat Islam. Pemerintah bagi pihak umat Islam dalam melaksanakan tuntutan fardu kifayah tersebut agak sukar digambarkan dalam keadaan umat tidak faham dan tidak bersedia untuk dibebankan dengan tanggungjawab pelaksanaan siyasah syar`iyyah. Tanggungjawab pemerintah perlu terus berusaha mengukuh dan meninggikan kedudukan Islam dan memartabatkannya melalui pelbagai agensi yang sedia diperuntukkan di dalam perlembagaan. Di samping itu usaha berterusan untuk mendidik dan membangunkan umat Islam agar memahami dan memiliki kemampuan untuk mengisi keperluan sebuah negara berasaskan siyasah syar`iyyah perlu dilaksanakan. Parti pembangkang pula boleh memainkan peranan amar makruf nahi mungkar, memuhasabah pemimpin, melakukan hisbah, sebagai kuasa pendesak, pengimbang kuasa dan sebagainya. Semua tindak tanduk politik hendaklah mengarah kepada memelihara dan memperkukuhkan kedudukan umat supaya perbalahan politik yang berlaku tidak mengakibatkan kehilangan kuasa umat Islam.

Rujukan:

Mu‟jam al-Wajiz (1980). Majma‟ Al-Lughah al-Arabiyah.

Abdul Wahab Khallaf (1982), Siyasah Syar`iyyah Aw Nizam al-Daulah Islamiyah Fi Syuun al-Dusturiyah wa al-Kharijiah wa al-Maliyah; Kaherah, Dar al-Ansar.

Muhammad Yusuf Musa (1996), Al-Madkhal Li-Dirasah al-Fiqh al-Islami, Dar al-Fikr al- `Arabi.

Ibn Khaldun. (t.t), Al Muqaddimah, Beirut.

Ibn Abidin, (1992), Hasyiah Radd al-Muhtar „ala al Durr al Mukhtar, Juz 4, Beirut.

Shukeri Mohammad, (2011), Siyasah syar‟iyyah dalam Pentadbiran Negara, dalam Seminar Pelaksanaan Siyasah Syar‟iyyah Dalam Konteks Semasa, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Nilam Puri, Kelantan.

Abdul al- Al Atwah, (1993), Al Madkhal ila al-Siyasah al-Syari‟yyah, Riyadh. Yusuf Al Qardawi, (1999), Pedoman Bernegara dalam Perspektif Islam, diterjemahkan dari al-Siyasah al-Syar`iyyah, penterjemah Kathur Suhardi, Jakarta: Penerbit Al Kautsar, 1999.

Shellabear (1896). Sejarah Melayu, Singapore.

Syed Hussein al-Attas (1964). “Archipelagy, History and the Social Sciences in South East Asia”, Journal Muzium Persekutuan, vol. IX.

C.C.Brown (1970). Sejarah Melayu or Malay Annals, Oxford University Press.

D.G.E. Hall (1964). A History of South East Asia, London: MacMillan.

C.A.Majul (1962). Theories on the Introduction and Expension of Islam in Malaysia, Taiwan: International Association of Historian of Asia.

`Abdul `Aziz al-Badri (1979).Al-Islam bayn al-`Ulama‟ wa al-Hukkam, Kaherah: al-Aluri.