Wednesday, 26 October 2016

BADAN-BADAN BERKANUN



Badan-Badan Berkanun
Selepas kementerian dan jabatan-jabatan, badan-badan berkanun merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan dengan matlamat tertentu. Badan-badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan mengikut akta-akta tertentu bagi melaksanakan tugas-tugas khusus sejajar dengan objektif dan matlamat negara. Badan-badan berkanun lebih dikenali sebagai perbadanan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab fungsi jabatan-jabatan kerajaan tertentu yang telah lama ditubuhkan (Malaysia, 1991: 594). Penubuhan badan berkanun atau perbadanan membolehkan kerajaan melaksanakan sesuatu tanggungjawab khusus dan penting. Sebagai contoh, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ditubuhkan bertujuan untuk mengendalikan segala urusan berkaitan dengan cukai termasuklah perkara-perkara seperti pendaftaran, pembayaran, urusan cukai, dan sebagai yang bersangkut paut dengan cukai. Secara umumnya penubuhan badan-badan berkanun mempunyai dua matlamat iaitu (ibid., 595):
(i) Membolehkan kerajaan terlibat secara terus dengan bidangbidang tertentu yang enggan atau tidak mampu diceburi oleh pihak swasta sebab masalah modal. Penglibatan langsung kerajaan ini dapat menolong meningkatkan pembangunan sosioekonomi negara; dan
(ii) Membolehkan jentera pentadbiran bertindak secara lebih bebas daripada ikatan peraturan-peraturan pentadbiran negara. Hal inimembolehkan perbadanan tersebut bergerak lebih pantas seiringan dengan syarikat-syarikat swasta yang lain.








Penubuhan perbadanan awam ini mempunyai beberapa faedah yang sangat penting kepada kerajaan seperti (ibid., 595):
(i)                   Memberi peluang kepada pihak kerajaan untuk terlibat secara langsung dengan kegiatan ekonomi secara aktif;
(ii)                 Memainkan kedua-dua peranan dalam sektor ekonomi dan sosial.

Di samping bertujuan memperolehi keuntungan, perbadanan awam juga dikehendaki menyediakan berbagai-bagai kemudahan dan perkhidmatan kepada rakyat. Terdapat dua jenis perbadanan awam yang ada di Malaysia iaitu

(i)                   Badan-badan berkanun – agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah undang-undang sama ada dibuat oleh Parlimen atau DUN. Sehingga Jun 1991 terdapat 75 buah badan berkanun Persekutuan dan 85 buah badan berkanun negeri; dan
(ii)                 Badan-badan bukan berkanun – badan-badan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat.

Didapati bahawa badan-badan berkanun adalah terikat kepada dasar dasar kerajaan sebab semuanya (ibid., 595):
(i)                   Ditubuhkan di bawah undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau DUN masing-masing;
(ii)                 Mempunyai lembaga pengarah yang terdiri daripada orang yang dilantik oleh menteri yang bertanggungjawab terhadap badan tersebut; dan
(iii)                Ahli-ahli lembaga pengarah bertanggungjawab kepada menteri yang melantik mereka. Secara tidak langsung tindak-tanduk ahli ahli lembaga pengarah adalah sejajar dengan kehendak kerajaan.




































Berbanding dengan badan-badan berkanun, badan-badan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat adalah lebih bebas dalam menjalankan aktiviti-aktiviti mereka sejajar dengan matlamat perbadanan perniagaan. Daripada penubuhan perbadanan (berkanun dan bukan berkanun)—titik tolak kepada pengkorporatan dan seterusnya penswastaan dalam sistem pentadbiran awam di negara ini. Pegawai tadbir utama PNUT HASSAN dalam badan-badan berkanun (perbadanan awam) dikenali sebagai Pengurus Besar yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir perbadanan awam mengikut objektif korporatnya. Bagi melicinkan pentadbirannya, sesebuah perbadanan mempunyai bahagianbahagian tertentu yang meliputi keseluruhan aspek pengurusan organisasi
yang sedia ada.

Monday, 24 October 2016

SISTEM PEMIKIRAN MANUSIA



SISTEM PEMIKIRAN MANUSIA

Pemikiran adalah hasilan minda yang merupakan satu pemberian dan nikmat Allah kepada manusia. Pemikiranlah dikatakan antara aspek yang membeza manusia dengan kehidupan lain di dunia. Malah keupayaan  pemikiran juga telah menjadikan kita sesama manusia berlainan. Menurut Mohd. Yusof (1994),  pemikiran asas manusia boleh dikategorikan kepada empat atau dikenali sebagai 4L iaitu luhur, lahir, logik dan lateral.
Pemikiran luhur merupakan pemikiran yang tinggi tahapnya dan dikaitkan dengan minda yang membicarakan tentang ketuhanan. Luhur adalah pemikiran yang dianggap sebagai suci berdasarkan kepada aspek
ketauhidan (hal-hal ketuhanan), keimanan dan ketakwaan. Pemikiran luhur jika dibina dengan teguh pastinya mempengaruhi pemikiranpemikiran lain ke arah kebaikan. Sementara itu pemikiran lahir pula merujuk kepada keupayaan berfikir manusia ketika di peringkat Rahim hinggalah ke enam tahun. Pemikiran lahir jelas menunjukkan bahawa manusia pnut hassan telah dan boleh berfikir sejak awal lagi. Pemikiran di peringkat inilah dikatakan seterusnya mempengaruhi pemikiran seseorang apabila meningkat kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Di samping keupayaan manusia berfikir tentang ilmu-ilmu ketuhanan, Allah juga menganugerahkan manusia dengan dua lagi ilmu pemikiran untuk manusia hidup di dunia. Pemikiran logik merujuk kepada satu bentuk pemikiran yang membolehkan manusia mempelajari, memahami dan menjelaskan ilmu-ilmu sains dan matematik. Pemikiran logik ini merupakan pemikiran yang didasari di bahagian otak sebelah kiri
manusia. Logik memerlukan manusia untuk menyatakan bukti, hujah, fakta, alasan dan kebenaran. Manakala bagi pemikiran lateral pula ia mampu menghasilkan minda yang bersifat kreatif, inovatif, imaginasi, rekaan dan khayalan. Pemikiran ini yang didasari oleh otak sebelah kanan membolehkan manusia untuk melihat atau menilai sesuatu perkara secara subjektif berbanding dengan pemikiran logik bersifat objektif.
Berdasarkan kupasan di atas maka ia menjelaskan kepada kita bagaimana sistem pemikiran kita berfungsi. Oleh itu, tiga bentuk pemikiran yang bakal kita bincangkan dengan lebih lanjut merupakan pemikiran yang
dikategorikan dalam pemikiran logik dan lateral. Walau bagaimanapun, sebagai seorang insan, setiap  pemikiran logik mahupun lateral perlu PNUT HASSAN ditunjangi oleh pemikiran luhur. Kedua-dua pemikiran tersebut tidak
bersifat sendirian tetapi bergantungan dengan pemikiran luhur. Apabila pemikiran luhur itu diabaikan atau lemah, maka inilah yang menyebabkan idea atau pemikiran kita menghasilkan keburukan dan bencana kepada
masyarakat.
Sebagai contoh, keupayaan pemikiran manusia mencipta media massa umpamanya adalah satu kehebatan yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. Tetapi apabila pemikiran lateral yang digunakan tidak lagi
bertunjangkan pemikiran luhur, kita menjadi terlalu kreatif menghasilkan pelbagai filem yang melalaikan dan mencemarkan masyarakat. Orang politik dikurniakan pemikiran logik yang hebat oleh Tuhan namun apabila tidak bersandarkan pemikiran luhur maka cakapnya saja yang petah tetapi tindakannya kosong. Begitulah halnya dalam masyarakat kita hari ini, pelbagai idea dan produk yang menjejaskan masyarakat
dihasilkan. Kesemua ini berlaku akibat kelogikan dan kelateralan pemikiran manusia sudah tidak lagi bertunjangkan kepada pemikiran luhur. Dalam erti kata lain tindakan kita adalah hasil pemikiran lateral.
Sekiranya setiap pemikiran lateral dan tindakan kita tidak ditunjangi pemikiran luhur maka hasilnya adalah idea, produk atau tingkah laku yang bertentangan dengan ajaran agama.